ads

Selasa, 11 Mac 2014

12 di selayang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


sebuah catatan <b>di</b> hospital <b>selayang</b> - inspirasi wanariahamiza

Posted: 07 Mar 2014 11:37 AM PST

'Ilman mendapat panggilan daripada ahli keluarga menyatakan salah seorang bapa saudaranya mengalami kemalangan dan sedang berada di hospital. Ketika itu, 'Ilman hanya dimaklumkan bahawa bapa saudaranya itu berada dalam keadaan yang kritikal apabila kedua-dua belah tangan dan kakinya patah.
'Ilman memberitahuku tentang itu. Kami berbincang jika 'Ilman perlu pulang dan meninggalkan kelas sesegera mungkin. Namun, 'Ilman menolak dan bercadang mahu ke hospital pada keesokan harinya memandangkan kami perlu menduduki satu ujian bertulis untuk subjek Bahasa Inggeris. 
'Ilman mendapat panggilan lagi. Kali ini, dia dimaklumkan bahawa ayah saudaranya itu berada dalam keadaan nazak. Kami berbincang dan aku hanya menyuruh 'Ilman untuk terus sahaja ke hospital yang dinyatakan. Tentang ujian pada esok hari, aku akan minta pengecualian daripada pensyarah untuk 'Ilman.
Selepas menghubungi beberapa orang saudara, akhirnya 'Ilman terpaksa membuat keputusan untuk ke Hospital Selayang dengan menaiki KTM dari Padang Jawa iaitu stesen KTM terdekat dari kolej kami. Disebabkan 'Ilman akan ke sana bersendirian, aku membuat keputusan untuk turut serta menemani 'Ilman ke Hospital Selayang.
Kami berjumpa pensyarah dan meminta kebenaran untuk keluar kelas lebih awal dan cuba mendapatkan pengecualian untuk menduduki ujian pada hari esok sekiranya kami tidak sempat pulang. Alhamdulillah, pensyarah terus sahaja memberi kebenaran dan menyuruh kami segera ke hospital.
Pada asalnya, kami meminta pertolongan Kamal Adha untuk hantarkan kami ke stesen KTM Padang Jawa. Namun, Kamal kemudiannya menawarkan untuk menghantar kami terus ke Hospital Selayang. Syukur, perjalanan dipermudahkan.
Hospital Selayang. 6.00 petang.
Aku, 'Ilman dan Kamal tiba di sana. Tidak sampai beberapa minit berada di ruangan bilik pembedahan, semua ahli keluarganya diminta berkumpul. Doktor mahu menerangkan sesuatu. Maka... telah pergi seorang hamba Allah menyahut seruan Sang Pencipta. Semua tertunduk, duka. Betapa Izrail baru sahaja bertandang ke bilik itu sebentar tadi.
Al-Fatihah buat Pak Ngah Roslan (ayah saudara 'Ilman)
dan buat nenek Azim Iskandar yang juga menyahut seruan yang sama beberapa hari lalu.
Sebak rasanya tatkala melihat dan merasai sendiri suasana apabila dimaklumkan oleh doktor tentang kematian. Hanya ketabahan yang mampu ditafsirkan daripada setiap tampang wajah yang tertunduk. Melihat wajah-wajah hiba yang deras mengalirkan air mata. Sayu memerhatikan tindakan semua orang ketika itu. Sungguhpun aku bukan sesiapa, namun aku berada di situ. Aku mengetahui apa yang berlaku.
Aku pernah berjumpa dengan Allahyarham Pak Ngah Roslan beberapa kali. Sebabnya, setiap kali aku tumpang kereta Cikgu 'Ashri, ayah 'Ilman semasa hendak pulang ke kolej, mereka pasti singgah di kampung mereka yang terletak di Lanchang. Kami pernah makan bersama-sama di rumah nenek 'Ilman dan entah kenapa wajahnya betul-betul terpahat dalam memori mindaku. Kesan daripada persinggahan, ramai juga saudara-mara 'Ilman yang sudah kukenali.
Persinggahan Cikgu 'Ashri ke Lanchang sebenarnya dengan tujuan membantu menyiapkan pembinaan sebuah rumah. Rumah untuk keluarga Pak Ngah Roslan sebenarnya. Aku sendiri melihat arwah pak Ngah Roslan dan anak-anaknya begitu gigih membina rumah itu. Rumah yang bakal siap hasil titik peluh sendiri. Juga dengan kudrat ahli keluarga lain yang setia membantu. 
Namun, aku sendiri seperti terkilan. Rumah itu belumpun sempat siap. Belumpun sempat diduduki. Dan kini Pak Ngah Roslan telah pergi. Meninggalkan seluruh ahli keluarganya sendiri, sepi.
Malam itu, jasad Pak Ngah Roslan akan dibawa pulang ke Lanchang dan disemadikan sesegera mungkin. Kata 'Ilman, ketika di hospital hanya isterinya yang ada. Anak-anaknya, terus bersekolah dan hanya menunggu dengan kesabaran. Sungguh simpati rasanya. Tatkala anak-anaknya yang ramai dan masih kecil, hanya menanti di rumah. 
Menanti jasad seorang bapa yang sudah tidak bernyawa.
INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved