ads

Jumaat, 28 Mac 2014

12 di selayang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Titans tersungkur <b>di Selayang</b>, tewas kepada PKNS | Terengganu <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2014 08:30 PM PDT

Pemain pertahanan T-Team Fabio Flor cuba menghalang asakan pemain PKNS Primorac dalam perlawanan Liga Super di Stadium Selayang malam tadi yang menyaksikan Titans tewas 1-3.

PKNS FC meraih tiga mata berharga apabila menewaskan pasukan bawahan Liga Super, T-Team 3 -1, malam tadi.

Walaupun pelawat cuma memberikan tentangan menerusi jaringan penyamaan Marzuki Yusof pada minit ke-29, ia masih belum cukup untuk menghalang kemenangan ketiga PKNS yang sudah mengharungi tujuh perlawanan.

Shahrul Azhar Ture membuka jaringan PKNS seawal minit ke-7 sebelum T-Team bangkit menerusi tandukan Marzuki.

Namun pemain pertahanan Helmi Remeli memastikan tuan rumah mendahului menerusi rembatan jarak dekat m-45 untuk menewaskan penjaga gawang Mohd Shahril Shaari buat kali kedua.

Bersambung babak kedua, PKNS kendalian Wan Jamak Wan Hassan terus memberi tekanan dengan menguasai permainan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya.

Hasilnya, Muhd Khairu Azrin Khazali meletakkan tuan rumah dalam situasi selesa apabila meledak gol ketiga m-60.

Kemenangan itu membolehkan PKNS mengumpul 11 mata dan melonjak ke tangga kedua ketika baki lima saingan liga berlangsung malam ini.

T-Team kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah terus menghuni tangga kedua tercorot liga dengan tujuh mata.-Harian metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved