ads

Ahad, 27 April 2014

12 di ampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Suspek tembak polis <b>di Ampang</b> Jaya diberkas ABN News | BM

Posted: 24 Apr 2014 04:30 AM PDT

Oleh Asyraf Fauzi (asyraf.fauzi@abnxcess.com)

SHAH ALAM – Polis Selangor memberkas suspek yang menembak anggota polis unit kereta peronda di Ampang Jaya pada 11 April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek yang merupakan lelaki Cina Muslim berumur 44 tahun ditangkap di sebuah rumah di Ipoh, Perak, semalam.

"Hasil daripada tangkapan yg dibuat itu, ini bermakna polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan.

"Suspek telah ditangkap dan kami percaya kami akan dapat laksanakan siasatan lebih lengkap lagi untuk mengesan rakan suspek yang terlibat dalam kejadian itu," jelas beliau.

Polis turut merampas dua butir peluru 'pump gun' dan sebuah unit telefon bimbit dipercayai milik suspek.

Mohd Shukri berkata, serbuan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Suspek yang ditahan semalam akan direman sehingga 27 April ini sementara polis menyiapkan kertas siasatan.

Pada 11 April lepas, dua anggota polis unit kereta peronda cuba melakukan pemeriksaan terhadap dua lelaki dipercayai bangsa Cina yang kini merupakan suspek kes di Taman Lembah Maju, Pandan Indah.

Dua suspek itu kemudiannya bergelut dengan polis sebelum salah seorang suspek menembak seorang anggota polis di tempat kejadian sebelum melarikan diri ke taman berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan di mana tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved