ads

Ahad, 27 April 2014

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Merasai pengalaman pelumba F1 <b>di Sepang</b> - Macikz konah - Blogger

Posted: 23 Apr 2014 08:46 AM PDT


Prolong : Terima kasih kepada Ckin,kamar dan Kak yani sebab invite kita join hari tu & Happy birthday usue!

 

Pengalaman Sepang Go Kart

Bertempat di lokasi Sepang F1 Circuit, Kami mencabarkan  diri untuk merasa pengalaman pelumba F1. Kami telah pun berlumba di Litar Go-Kart Sepang yang bertempat di sebahagian Litar Sepang F1 Circuit.

 Panjang Track adalah 1247 m yang direka dalam bentuk mengikut jam. Selekoh kombinasi  dengan selekoh high-G last selekoh tu sememangnya menguji stamina pemandu.

 Mula-mula semasa menerima invitation tu, konah terkenang race date konah di Go-kart Shah Alam. Tak berapa ingatlah tapi itu kisah silam. Di Sepang Go Kart, Kami diberi 10 minit untuk berlumba dengan bayaran RM40. Mula-mula terfikir kenapa 10 minit sahaja ????
Tapi itu adalah  di luar jangkan atau assumption Konah semata-mata. Pengalaman yang dikutip adalah pengalaman yang mengujakan, ini kerana dengan "race olok-olok" kami . Rasanya 10 minit tu seperti lama. Dan rasa tak puas , sebab korang akan rasa mahu lagi dan lagi untuk merasai thrill selekoh high G litar. Moment melayan 11 selekoh yang berbeza cabarannya meningkat adrenalin yang menegak tengkuk Konah. Konah tak kira berapa lap konah buat, yang pasti konah tekan minyak dan layan break. Ada sekali tu part go-kart konah berpusing sebab bertembung dengan Kamar. ehehehe Pecut je minyak.
Rasa priceless bila time korang layan selekoh-selekoh high G litar Go- Kart. Bila layan corner kat sini , rasanya seperti Konah punya masalah tertinggal dekat penjuru selekoh.  No wonderlah kadang-kadang litar go-kart sepang menjadi latihan pelumba secara privasi. Sebab kalau korang datang petang sikit ,korang akan nampak beberapa orang pelumba melaku latihan di sini.

 

 

Macam mana nak pergi sini ?

Macam nak pergi ke arah LCCT, cari papan tanda litar Sepang F1. Pastikan masuk di Enterence utama kat depan selepas traffic light tu, bukan masuk di bahagian paddock. Sepang Go kart betul-betul ada sebelah kiri bila korang dah masuk Ke Sepang F1. (Papan tanda dia kecil sikit kena alert)
Alamat : Jalan Pekeliling , 64000 KLIA . Selangor Darul Ehsan.
Operasi Masa: Selasa- Khamis & Sabtu - Ahad di buka daripada 10 pagi hingga 7 petang , manakala Jumaat  dibuka 10 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.
Harga : RM40 untuk 10 minit seorang/ ada go-kart seat couple harga sedikit berbeza iaitu RM50 untuk 10 minit
Dream Konah : One day...and hope Ckin organize benda ni, dimana kami berangan untuk race lagi dimana untuk race sebenar kami akan dapat percuma khidmat time keeper RM150 untuk 12 minit X 4

Tips

1. Khabarnya ramai orang datang pada hujung minggu. disarankan untuk membuat panggilan telefon dahulu jika anda datang dalam berkumpulan
2. Main pagi-pagi, sebab bila masuk pukul 11 pagi. Matahari dah terpacak macam sejengkal di atas kepala...panas...
3. Daripada rumah dah siap-siap pakai sun block
4. Bila dah bayar, dia akan kasi slip kecil. Simpan slip kecil tu sebab masa nak masuk go-kart , penjaga go-kart akan minta.
5. Benda ni fun bila anda bergroup buat "race olok-olok" baru rasa thrill
6. Have fun and follow your instance . Kalau tak boleh buat jangan push. Fahamkan jalan selekoh litar ni
7. Bawa go-kart macam bawa kereta auto

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved