ads

Rabu, 9 April 2014

12 di ampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Bapa Kejam Dera Dua Anak Kandung <b>Di Ampang</b> - Blog Santai

Posted: 06 Mar 2014 10:29 PM PST

Bapa Kejam Dera Dua Anak Kandung


Penderaan kanak-kanak dah jadi macam amalan biasa kat Malaysia. Bukan satu kes, bukan dua dan bukan tiga. Antara kes yang agak kecoh suatu ketika dulu adalah kes bapa tiri dera anak di Terengganu. Dan banyak lagi kes pasti akan terjadi kalau masyarakat tak perihatin.
Kes terbaru berlaku di Ampang apabila dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara rokok pada bahagian sulitnya oleh bapa kandung mereka sendiri. Perlakuan zalim ini telah berlaku sejak setahun yang lalu. Dan yang sedihnya si ibu turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa. 



Kejadian terbongkar apabila seorang jiran yang perihatin nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA) untuk mendapatkan rawatan biarpun dihalang oleh ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya. Hmmm...

Dalam kes macam ni, si ibu perlu memainkan peranan penting. Jiran dan juga guru perlu perihatin. Kita masih ada undang-undang di Malaysia yang dapat melindungi mangsa dera. So perasaan takut tu tak sepatutnya wujud.

DBKL, JAWI & JAKIM Wajib Batalkan Parti "Topless Friday Beach <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2014 06:31 PM PDT


Semakin hari semakin banyak parti liar yang diadakan di negara kita. Terbaru bertempat di Pool, Jalan Ampang pada 11 April ini, satu lagi parti liar akan dianjurkan. Satu lagi parti yang melalaikan anak anak muda Malaysia bertemakan bikini dan minuman keras hendak dianjurkan. DBKL, JAWI dan JAKIM harus bertindak mengharamkan atau menarik balik lesen penganjuran parti ini. Parti sebegini tidak sepatutnya diadakan di negara kita walau atas apa alasan sekalipun.

Tahun Melawat Malaysia 2014 bukan tahun membuat parti-parti liar yang tidak mendatangkan faedah. Pelancong luar datang ke Malaysia hendak menikmati pantai kita yang cantik, hendak berhibur dengan tarian kebudayaan dan keindahan Malaysia, makanan kita yang pelbagai yang enak-enak dan bukannya parti buih, parti telanjang dan sebagainya.

Kemaskini 11:48 a.m.:

Penyerahan memorandum membantah Topless Beach Party di Kelab Malam The Pool.

Tarikh : 8/4/2014
Masa : 4.00 p.m.
Lokasi : Pejabat DBKL, Jalan Raja Laut.

Pimpinan :
1. Yb Ustaz Nasrudin Hassan.
2. Yb Ustaz Nik Abduh Nik Aziz
3. Yb Dato Dr.Khairudin Aman Razali At Takiri
4. Ustazah Nuridah Salleh

Semua dijemput hadir turut serta membantah.

Terkini 1:46 PM:

Ini pula kenyataan Setiausaha Politik DS Tengku Adnan di Facebook beliau:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved