ads

Sabtu, 5 April 2014

12 di balakong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


Tong Air Laris Dijual <b>di Balakong</b> | Suara Anak Muda FELDA

Posted: 20 Feb 2014 11:48 PM PST

Tong Air Laris Dijual di Balakong

Tong

KUALA LUMPUR – Penjualan tong air di Taman Impian Ehsan, Balakong dekat sini laris umpama 'pisang goreng panas' ekoran krisis air yang melanda kawasan tersebut.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Pang, 38, berkata, tong air di premisnya habis dijual dalam tempoh empat jam pada hari ketujuh krisis tersebut.

"Sejak krisis air melanda di kawasan Taman Impian Ehsan, orang ramai berpusu-pusu mencari peralatan untuk menyimpan bekalan air. Sebanyak 30 buah tong air habis dijual dalam masa tersebut dan berlarutan hingga hari kesembilan.

"Kebanyakan daripada mereka membeli tong hitam besar untuk digunakan bagi menyimpan air. Saya juga terpaksa memesan stok tong itu sebanyak 30 hingga 40 buah lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tinjauan di beberapa premis perniagaan yang menjual peralatan tersebut mendapati, rata-rata tong air dijual antara RM20 hingga RM30 mengikut saiz.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit yang enggan dikenali berkata, bagaimanapun permintaan terhadap tong air semakin berkurangan ketika ini dan ia hanya laris pada permulaan krisis air.

Selain itu, beberapa premis yang menjalankan perniagaan dobi hanya beroperasi pada waktu tertentu berikutan bekalan air yang tidak mencukupi selain pusat mencuci kenderaan ditutup.

Sementara itu, tinjauan turut dijalankan di Flat Taman Setia yang terjejas akibat terputus bekalan air dan para penduduk berpusu-pusu bagi mendapatkan bekalan air kecemasan dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Seorang penduduk, Noriah Mat Saat, 44, berkata, dia membeli sebuah tong air dengan harga RM5 yang dijual oleh pihak tertentu di kawasan tersebut.

"Saya menyediakan sebanyak enam buah tong untuk kegunaan harian, namun ia tidak mencukupi. Setiap hari kami mencari bekalan air di beberapa tempat," katanya.

Penduduk di flat itu, Md. Kamal Abu Bakar, 46, pula berkata, keadaan krisis air semakin meruncing dan menjejaskan aktiviti harian penduduk.

"Saya bimbang kerana anak-anak masih bersekolah. Susah mereka hendak mandi.

"Selain itu, akibat mengangkat tong air naik ke tingkat tiga flat menyebabkan pinggang saya sakit," jelasnya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada February 21, 2014 - 3:48 pm oleh Nor Azlina Shaari

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved