ads

Khamis, 17 April 2014

12 di batang kali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Bayi Dengan Uri, Tali Pusat Dibuang Dalam Plastik Sampah <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2014 09:17 PM PDT

Sedih.. ini adalah gambar mayat bayi yang dibalut dengan baju sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibuang di Kawasan Perindustrian Meil, Batang Kali jam 9.30 pagi, Jumaat lalu. Ia ditemui orang asli yang sedang bekerja memotong rumput dan memungut sampah di kawasan berkenaan.
Mayat berjantina perempuan ini didapati masih bertali pusat dan dibuang bersama uri ibunya. Dipercayai, ia ditinggalkan di situ pada awal pagi Jumaat sebelum ditemui kurang tujuh jam selepas itu.

Bedah siasat di Hospital Kuala Kubu Baru mendapati bayi berusia 28 minggu ini meninggal dunia kerana lemas.

Baju berwarna hitam dan plastik sampah yang terdapat pada bayi kini dihantar untuk pemeriksaan Jabatan Kimia.

Pada masa sama, pihak polis turut menjalankan siasatan di klinik sekitar Hulu Selangor untuk mengesan sekiranya suspek yang baru melahirkan anak ada berkunjung untuk mendapatkan rawatan.

Wa Allahu'alam.. - Sumber gambar: Facebook Daily Traffic Report

Written by: Admin on Sunday, April 13, 2014
Perhatian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar blog yang diutarakan melalui laman sosial facebook. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian admin. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved