ads

Khamis, 17 April 2014

12 di rawang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


GEMPAR : Bomba Nafikan Berlaku Kebocoran Radioaktif Kilang <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2014 02:07 AM PDT


Sebentar tadi, riuh rendah bunyi handphone di tangan saya ni mengenai berita kebakaran sebuah kilang di Rawang yang dikatakan berlaku juga kebocoran di mana boleh tercetus letupan sehingga 100km.
Jauh 100km dikatakan boleh sampai ke Seremban, Negeri Sembilan. Perghhh.

Ramai gak lah yang prihatin akan isu yang sedang berlaku ni dan ada yang cuba jadi 'hero' dengan membuat andai itu serta ini seperti kat bawah ni. Tak salah jika menyebarkan perkara yang benar² berlaku tetapi menjadi kesalahan sekiranya dakwaan yang disebarkan tersebut tidak berlaku dan mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk sekitarnya. Siapa yang tak panik bila diberitahu jika kilang tersebut, ia boleh memberi kesan radiasi sehingga 100km jauhnya.
Mak aihhh sampai kL pun kena.
Penyebar perlu mengambil inisiatif dengan mencari sedikit maklumat tambahan daripada Internet ataupun menghubungi terus pihak berwajib yang sepatutnya lah.
Untuk pengetahuan Pembaca sekalian, pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) mempunyai account Facebook & Twitter rasmi. Saya telah membuat carian di laman Facebook JBPM, terdapat kenyataan tidak bergambar mengenai kejadian yang berlaku di Rawang. 
Tak berpuashati dengan kenyataan tersebut, saya membuat pertanyaan terus di laman Twitter JBPM dan ianya telah direply dengan pantas oleh petugas media JBPM.
Hasilnya, negatif yang membawa maksud tiada berlaku kebocoran radioaktif seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Alhamdulillah, semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku hendaknya.
Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak di luar sana apabila terdapat sesuatu perkara yang meragukan diterima pada paparan handphone milik masing². Gunakan Internet dengan sebetulnya. Google maklumat yang sepatutnya.
Jangan anggap Internet ini sekadar ruang bersosial saja, semua pihak harus BIJAK menggunakannya sebaik mungkin kerana ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved