Sabtu, 26 April 2014

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Panas..!! JAIS Serbu Solat Jumaat <b>Di</b> Hotel Budget, <b>Batu Caves</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2014 06:51 AM PDT





Komen Abu Aqif: Dah lama difatwa sesat tapi masih juga ada pengikut. Dan sekarang berani mencabar undang² dengan bersenjatakan slogan "Human's Right". Tapi mereka ketepikan Allah's Right. Siapa pejuang Hak Asasi di Malaysia? Bagi saya mereka juga harus dipersalahkan kerana membawa perjuangan batil ini.

Kita mesti mendahulukan Hak Allah sebelum hak manusia yang jelas menyanggah dari ajaran Islam. Membawa masuk ke negara kita perjuangan sesat lagi batil demi kepentingan politik, akhirnya aqidah umat Islam juga yang menjadi mangsa. Human's Right bukan dari Islam.

Sebelum terlupa, bukan solat Jumaat di Hotel Budget yang dipersoalkan. Solat Jumaat dan solat Hari Raya bagi umat Islam adalah bersama pemerintah. Jadi, lokasi untuk bersolat Jumaat ini juga mesti mendapat kebenaran dari pemerintah. Dalam konteks Malaysia, solat Jumaat mesti di lokasi yang sdah diwartakan oleh Jabatan Agama. Jika Hotel Budget tersebut sudah mendapat kebenaran untuk mengadakan solat Jumaat maka ianya tidak mengapa. Allahu a'lam. Baca lagi berkaitan solat Jumaat bersama pemerintah di sini.



Kuala Lumpur: "Sekarang saya nak tanya kalau kami dikatakan oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang kami bukan Islam, maka kami tidak ada di bawah kuasa JAIS. Di mana kami nak sembahyang itu terserah kepada kami." Itu jawapan seorang lelaki yang mendakwa ketua satu ajaran dikenali Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia ketika diserbu sepasukan penguat kuasa JAIS selepas dia mengetuai 'solat Jumaat' bersama lebih 30 makmum di premis dua tingkat di sebuah hotel bajet di Batu Caves di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 2.10 petang itu membabitkan 30 penguat kuasa JAIS diketuai Penolong Pengarah Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasinya Shahrom Maarop selepas penguat kuasa agama itu melakukan intipan tiga kali Jumaat sejak tiga minggu lalu di premis berkenaan.



Ketika serbuan, ketua ajaran berkenaan juga berkali-kali mendakwa pihaknya mempunyai memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mengiktiraf ajaran berkenaan yang bertapak di negara ini sejak puluhan tahun lalu.

Memorandum setebal 48 muka surat itu turut mengandungi surat yang dihantar oleh jurucakap Jemaat Ahmadiyah Muslim Malaysia Ainul Yakin Mohd Zain kepada kerajaan Selangor pada 2012 serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010.

Selain itu, turut disertakan dalam memorandum bertajuk 'Penindasan Terhadap Orang Islam Ahmadi di Malaysia' itu termasuk surat kepada wakil media serta agensi berkuasa agama di beberapa negeri memohon keadilan kepada ajaran berkenaan dalam setiap liputan di negara ini.



Keadaan 'panas' seketika ketika serbuan semalam apabila pegawai penguat kuasa JAIS diketuai Shahrom tiba di tingkat bawah premis berkenaan yang 'dikawal' beberapa individu.

Pemerhatian wartawan mendapati kumpulan itu mengenal pasti terlebih dulu jemaah yang datang bersolat Jumaat dan meminta mereka naik ke ruang atas yang menempatkan tempat solat.

Sebaik waran dibacakan, seorang lelaki dipercayai ketua jemaah 'naik angin' dan mula mencabar Shahrom dengan mengatakan mereka tidak boleh disabitkan dengan undang-undang sedia ada kerana fatwa menetapkan mereka sudah terkeluar daripada Islam sebelum ini.



Tindakan itu menimbulkan suasana tegang dengan Shahrom meminta semua jemaah memberikan kad pengenalan masing-masing kepada pegawai bertugas menyebabkan mereka mula membuat bising dan mempersendakan tindakan pegawai JAIS.

Keadaan berlarutan hampir dua jam sebelum semua mereka ditahan dan dibawa ke ibu pejabat JAIS di Shah Alam untuk siasatan lanjut.



Lelaki yang mengaku ketua itu akhirnya berlembut tetapi meminta seorang daripada jemaahnya yang dikatakan datang dari jauh iaitu London supaya dilepaskan.

Di antara lebih 30 individu yang ditahan untuk soal siasat termasuk dua lelaki berusia 40-an masing-masing berketurunan Pakistan dengan seorang daripadanya mendakwa tinggal di London turut dibawa ke pejabat JAIS.

Sementara itu, jurucakap JAIS berkata, serbuan dijalankan mengikut mengikut Seksyen 97 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 2003 kerana mengadakan upacara yang boleh dilakukan di masjid tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). - Harian Metro



Rujukan:
1. Fatwa Qadiani 1 Jan, 1970
2. Fatwa Qadiani 22 Jun, 1998
3. Fatwa Qadiani 2 Jul, 2001
4. Fatwa Qadiani 13 Dec, 2006
5. Fatwa Islam QA No.45525
6. Fatwa Islam QA No.4060
7. Fatwa Islam QA No.6153

Kepada sesiapa yang ingin mendapat update sekaligus ingin share update terbaru dari blog Abu Aqif Studio ke wall masing², boleh klik di sini:

- Klik "Syndication" di sebelah kiri
- Klik "Grant Permissions"
- Klik "Add Facebook Target" dan klik "Add"

* selepas proses ini, setiap update video terbaru akan terus share di wall anda secara automatic. InsyaAllah.

Anda bebas untuk share dan download. Tidak perlu keizinan untuk mengambil video dari Channel Abu Aqif Studio. Namun video yang diambil dari Abu Aqif Studio mohon diberi sedikit kredit dengan link-kan semula kepada video yang asal. Jazakallahukhair.. Semoga bermanfaat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads