Sabtu, 26 April 2014

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


kerajaan <b>selangor</b>: status semasa kapasiti empangan-empangan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 25 Apr 2014 04:33 AM PDT

Berikut adalah status semasa kapasiti empangan-empangan di Negeri Selangor sehingga 25 April 2014;

 

BIL

EMPANGAN

19 APRIL 2014

25 APRIL 2014

% PENINGKATAN

% PENURUNAN

TAKUNGAN

TAKUNGAN

Mm3

%

Mm3

%

1

Batu

25.10

78.51

 

 

 

 

2

Klang Gates

13.65

53.89

14.38

56.77

2.88

-

3

Langat

17.55

51.47

18.06

52.97

1.5

-

4

Semenyih

42.97

72.73

44.41

75.18

2.45

-

5

Sg. Selangor

88.62

38.53

91.33

39.71

1.18

-

6

Sg. Tinggi

70.31

61.40

71.17

62.16

0.76

-

7

Tasik Subang

3.54

84.23

3.66

87.00

2.77

-

 

SungaiselangordamDi dalam tempoh masa seminggu yang lepas, terdapat peningkatan pada kapasiti enam daripada tujuh empangan seperti yang ditunjukkan di atas. Ini adalah hasil daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) serta hujan semulajadi yang turun.

 

Peningkatan yang kecil ini adalah disebabkan kadar hujan yang banyak diterima di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar-bandar, dan bukannya di empangan. Walaubagaimanapun, kadar hujan yang banyak diterima oleh kawasan hilir ini membantu lagi pengurangan kadar pelepasan air empangan ekoran paras air sungai yang mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air (LPA).

 

Justeru kelonggaran catuan air boleh dilakukan dimana apabila aliran air sungai tinggi, LPA boleh mengabstrak dan merawat air sungai tersebut pada jumlah maksimum kapasiti reka bentuknya dan disalurkan kepada lebih ramai pengguna. Walaubagaimanapun apabila aliran air sungai rendah, pelepasan air empangan ke dalam sungai diperlukan supaya LPA dapat mengabstrak dan merawat air tersebut pada had yang ditetapkan. Sehubungan itu, mengoptimumkan penggunaan sumber air sedia ada dan memanjangkan hayat takungan simpanan empangan-empangan adalah amat penting untuk menghadapi kemungkinan cuaca yang lebih kering dan menampung keperluan pengguna di waktu tersebut.

 

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri, catuan air di seluruh Negeri akan dihentikan apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55%. Ini adalah kerana empangan tersebut adalah yang terbesar dengan kapasiti maksimum 235 juta meter padu (Mm3) dan keseluruhan tadahan lembangan Sungai Selangor membekalkan sekitar 60% keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur. Langkah catuan di seluruh kawasan di Negeri Selangor ini adalah untuk memanjangkan hayat takungan ketujuh-tujuh empangan Negeri.

 

Orang ramai disarankan untuk menjimatkan air dan menggunakannya hanya untuk keperluan asas seperti makan, minum, mandi dan mencuci pakaian. Jumlah penggunaannya juga perlulah sekadar yang mencukupi dan tidak berlebihan. Aktiviti lain seperti mencuci kenderaan dan menyiram tanaman disyorkan untuk dikurangkan dan dilakukan dengan menggunakan air hujan yang dikitar semula seperti yang disarankan oleh Kerajaan.

 

Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

Pengerusi,

Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads