ads

Sabtu, 19 April 2014

12 di cheras - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Mayat pasangan suami isteri dengan kesan kelar ditemui <b>di Cheras</b> <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2014 10:50 PM PDT

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Cheras di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua mangsa warga tempatan berumur 32 tahun itu ditemui mati dalam bilik tidur.

"Polis turut menemui dua ekor anjing milik mangsa yang turut mati akibat dikelar di leher," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin ada kaitan dengan cubaan membunuh diri lelaki itu yang dikatakan berlaku pada 10 malam tadi.

Polis turut menemui sebilah 'pen knife' berhampiran mayat lelaki itu, kata Mohan sambil menambah pemeriksaan pada kedua-dua mayat mendapati terdapat kesan kelar antara 10 hingga 15 sentimeter di bahagian leher.

Beliau berkata, polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku di tempat kejadian, namun punca sebenar insiden masih disiasat.

"Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat hari ini," katanya sambil memberitahu kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved