ads

Ahad, 20 April 2014

12 di ijok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


KLXPRESS | Khaled Ibrahim Bakal Kalah Jika Bertanding <b>Di Ijok</b>

Posted: 12 Apr 2013 03:41 AM PDT

SHAH ALAM: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang sebelum DUN dibubar, disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dijangka menyaksikan pertarungan sengit calon pakatan dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini, tetapi kelebihan dilihat memihak kepada calon BN.

Penganalisis politik meramalkan bahawa keducikkkdukan Abdul Khalid akan tercabar jika BN meletakkan Setiausaha MIC Selangor K.R. Parthiban sebagai calon, yang menewaskan beliau pada pilihan raya kecil DUN itu pada April 2007.

Sungguhpun Abdul Khalid dikatakan ada kelebihan disebabkan pengaruhnya sebagai menteri besar Selangor, namun landskap politik Selangor kini sukar diramal kerana isu-isu politik semasa yang melanda negeri, terutama Abdul Khalid dibayangkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak akan dilantik menteri besar walaupun jika partinya menang pada PRU13.

Penganalisis politik Anbumani Balan berkata Parthiban, yang merupakan antara bakal calon BN yang disebut-sebut bertanding di Ijok, berkemampuan mengambil kembali kerusi itu untuk BN kerana beliau kini mendapat sokongan yang meyakinkan daripada para pengundi di kawasan itu.

Pada pilihan raya kecil DUN Ijok 2007, Parthiban mengalahkan Abdul Khalid dengan majoriti 1,850 undi. "Sekiranya Parthiban menjadi calon di Ijok, MIC membuat pilihan bijak dengan tidak mengulangi strategi lama pada PRU12 apabila ia melepaskan kerusi tradisi Ijok kepada Umno dan menukarnya dengan kerusi DUN Bukit Melawati.

"Saya percaya kesilapan dalam strategi itu telah memberi ruang kepada Abdul Khalid yang menjadi calon PKR bagi kerusi Ijok pada PRU12, memenangi kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama. Mengulas lanjut, Anbumani berkata Parthiban mampu mendapat sokongan yang menyakinkan daripada pengundi kerana kawasan Ijok tidak asing baginya selepas menjadi Adun Ijok, walaupun untuk jangka masa pendek.

Parthiban juga sering hadir pada majlis-majlis keramaian penduduk di kawasan itu. "Beliau memahami segala permasalahan yang dihadapi penduduk Ijok dan ini membantu Parthiban memberikan tentangan hebat kepada calon lawannya," kata Anbumani. Pada PRU12, 2008 Abdul Khalid menewaskan calon BN Datuk Mohamad Sayuti dari Umno dengan majoriti 1,920 undi. Partibhan pula yang bertanding sebagai calon B Ndi kawasan DUN Bukit Melawati, kalah tipis kepada calon PKR, M.P. Muthiah dengan majoriti 297 undi.

DUN Ijok mempunyai hampir 19,000 pengundi, dengan kira-kira 49 peratus pengundi Melayu, 35 peratus pengundi India dan 16 peratus pengundi Cina serta kaum lain.

Sementara itu, Pensyarah Kanan dan Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peluang seseorang calon untuk menang di Ijok bergantung kepada kerjasama antara calon dan jentera pilihan raya parti.

"Calon PKR akan bergantung kepada jentera parti di peringkat Selangor, manakala calon BN akan bergantung kepada bantuan jentera parti pusat. Kini perebutan di Ijok ialah sama ada jentera pusat boleh memanjangkan bantuan kepada jentera negeri," katanya.

Beliau berkata pelantikan Parthiban sebagai penyelaras Barisan Nasional (BN) DUN Ijok memberikan peluang cerah kepadanya untuk menebus kekalahan BN di kawasan itu dan beliau telah pun membuat gerak kerjanya sejak sekian lama.

Sivamurugan percaya Parthiban mampu memberikan tentangan hebat kepada mana-mana orang kuat PKR termasuk Abdul Khalid untuk kerusi DUN Ijok jika ada kerjasama antara jentera parti BN.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa puak atau kem yang wujud dalam PKR Selangor, yang tidak sehaluan dengan Abdul Khalid, boleh mensabotaj dan menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum nanti.

Sementara itu, Parthiban, 43, yang juga bekas guru berkata beliau ingin kembali berkhidmat sebagai wakil rakyat Ijok untuk meneruskan khidmatnya yang terhenti sebagai Adun kawasan itu pada April 2007.

Katanya sokongan masyarakat India khususnya kepada BN di kawasan Ijok telah meningkat dengan signifikan kerana beliau sering mengambil berat permasalahan mereka melalui lawatannya ke kawasan-kawasan ladang sejak tahun 2008.

"Saya yakin kemenangan akan memihak kepada BN pada PRU13 kerana rakyat sudah pandai menilai situasi sebenar di Ijok, " katanya.-BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved