Selasa, 1 April 2014

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


Empat remaja rentung kereta terbakar <b>di Kapar</b> ABN News | BM

Posted: 26 Feb 2014 10:57 PM PST

SHAH ALAM – Empat remaja lelaki dilaporkan rentung selepas kereta mereka terbabas dan terbakar di hadapan Balai Polis Kapar, di Jalan Kapar, Klang awal pagi tadi.

Mereka dikenali sebagai Ang Chin Fu, 18, yang memandu kereta itu, Lee Boon Huat, 19, Chong Chee Seng, 19, dan Chew Yee Ying, 19, sementara penumpang hadapan Chai Chee Seng, 19, terselamat dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu.

Ketua Trafik Daerah Klang Utara, Asisten Supritendan Zawary Mahadi ketika dihubungi berkata, kereta mereka yang datang dari arah Bandar Baru Klang dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu isyarat.

"Kereta itu kemudiannya terbabas dan merempuh pula tembok di hadapan sebuah kedai pajak sebelum ia terbakar," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads