Jumaat, 25 April 2014

12 di puchong - Google Blog Search

12 di puchong - Google Blog Search


Hi-Tea Perpaduan <b>di Puchong</b> Perdana Ahad ini - Harakah Daily

Posted: 23 Apr 2014 10:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bagi memupuk hubungan harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini, Lajnah Pepaduan Nasional (LPN) PAS  Pusat dengan kerjasama LPN PAS Selangor akan menganjurkan majlis Hi-Tea Perpaduan di Dataran Tasek Puchong Perdana, Ahad ini.

Majlis minum petang yang berlangsung dari jam 3.00 hingga 5.00 petang itu terbuka kepada umum khususnya yang tinggal di kawasan persekitaran sebagai tanda perpaduan semua kaum di negara ini.

Menurut Pengerusi LPN PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof, pihaknya mensasarkan setiap negeri mengadakan pertemuan perpaduan melalui makan malam dan hi-tea.

"Setakat ini Pulau Pinang telah menjalankan majlis sedemikian dan beberapa negeri lain," katanya.

Tujuan utama majlis seumpama ini diadakan, tambah Mujahid adalah untuk menyambut tema "Rahmat Untuk Semua" yang diketengahkan Presiden PAS dalam ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS Pusat di Shah Alam tahun lalu.

Di masa yang sama, Mujahid mengharapkan aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memainkan peranan dalam menjayakan cita-cita perpaduan ini.

Beliau yg juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengucapkan terimakasih kepada LPN PAS Selangor atas kesudian menjadi tuan rumah dan sokongan penuh yang diberikan PAS Selangor bagi menjayakan program itu.

Majlis hi-tea ini akan dirasmikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Presiden juga akan melancarkan buku 'Berdialog Dengan Gereja' yang merupakan rakaman kepada usaha PAS melalui LPN untuk mengadakan dialog dengan pihak gereja dalam isu kontroversi kalimah Allah," ujar Mujahid.

Buku karangan Mujahid itu telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan tajuk "Engaging Christianity".

Buku ini, tambah beliau boleh dijadikan sebagai rujukan dan tanda aras hubungan antara agama di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads