ads

Ahad, 25 Mei 2014

12 di cheras - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


(7 Gambar) Pasangan suami isteri maut digilis lori, lima beradik jadi <b>...</b>

Posted: 23 May 2014 06:00 AM PDT

MANGSA kemalangan di Jalan Cheras menghala Jalan Chan Sow Lin, pagi tadi.

Lima beradik menjadi yatim piatu dengan sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut digilis sebuah lori dalam satu kejadian langgar lari di susur Jalan Chan Sow Lin pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh memberitahu kejadian berlaku pada jam 8 pagi apabila kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dari arah Cheras menuju ke jalan Chan Sow Lin.

"Motosikal yang ditunggangi mangsa secara tiba-tiba hilang imbangan menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah lori," kata Mohan.

Mangsa kemudian digilis oleh lori tersebut yang kemudiannya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Identiti mangsa dikenali sebagai Jefri Mohd Zain, 50 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40 dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih lagi mengesan lokasi pemandu lori tersebut dan saksi kejadian digesa tampil untuk membantu siasatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Astro Awani, Gambar Facebook Daily Traffic Report

Keadaan mangsa yang terjatuh di sebelah motosikal dalam insiden ngeri langgar lari.

Anak-anak mangsa seramai lima adik beradik.

Sehidup semati

Dua Pasang suami isteri terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di Jalan Sungai Paoh, Sarikei, jam 9 pagi semalam dan di Jalan Cheras menghala Jalan Chan Sow Lin, jam 8 pagi tadi.

Mangsa dalam kemalangan di Jalan Cheras, Jefri Mohd Zain berusia 50 tahun dan isterinya Norsalawati Ibrahim berusia 40 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Mangsa yang menunggang motosikal dikatakan terjatuh sebelum digilis lori muatan tanah ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Difahamkan pemandu lori terbabit melarikan diri.

Pasangan itu meninggalkan lima anak berusia dua hingga 16 tahun dan jenazah dijangka dikebumikan di kampung halaman Jefri di Changkat Sulaiman, Sungai Perak.
Manakala, mangsa kemalangan di Sarikei yang maut adalah Borhan Junaidi berusia 69 tahun dan isterinya Saleha Baie berusia 67 tahun.

Seorang lagi mangsa, Riduan Junaidi, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang bertembung dengan pasangan terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hosiptal Sarikei.

Pegawai Balai Bomba Sarikei, Haron Jenau berkata, kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa itu dikatakan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa yang tersepit meninggal dunia di hospital dan dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pihak kami terpaksa memotong pintu kereta untuk mengeluarkan pemandu dan penumpang hadapannya yang tersepit. Kesemua mereka dari Kampung Nyabor Kabong dalam perjalanan ke bandar Sarikei," katanya.-Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved