ads

Khamis, 1 Mei 2014

12 di kelana jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


FOOD REVIEW <b>DI</b> CRAEZ CAFE, <b>KELANA JAYA</b> - fanacheksaat

Posted: 02 Feb 2014 08:24 AM PST

Alhamdulillah, hari ni fana join food review bersama beberapa bloggers lain. Terima kasih Terbaek Network (Farid Laham) atas peluang yang diberikan. So, hari ni kitorang dijemput untuk mengadakan food review di Craez Cafe, Kelana Jaya. 



Craez Cafe merupakan 'buah hati' Chef Imelda Harris untuk peminat-peminatnya. Siapa Chef Imelda Harris ni? Buat pengikut Masterchef All Stars mesti kenal siapa beliau. Turut bekerjasama bagi menjayakan lagi Craez Cafe ialah dua lagi rakan kongsi beliau iaitu Azrin dan Saifol Bahri.
CRAEZ merupakan akronim kepada Chill, Relax And Eat Zealously. Hebat gabungan nama tu. Rasa macam sangat kena dengan suasana di Craez Cafe itu sendiri. :) Menurut Chef Imelda Harris, Craez Cafe telah pun dilancarkan pada 11 Disember 2013 (11.12.13). Canteknya tarikh. Pandai pilih tawww! Menurut beliau lagi, Craez Cafe mempunyai 3 orang chef di dapur dan 15 orang staff yang bekerja. Pastinya layanan yang diberikan jugak sangat memuaskan hati. :)  Sewaktu makanan dihidangkan, memang rasa tak sabar sangat nak makan. Sebab apa? Mana taknya, food presentation yang sangat cantik dan kemas, lepastu bau yang menusuk hidung memang buatkan rasa tak sabar nak mencuba makanan yang dihidangkan.

Antara hidangan yang dihidangkan kepada kami para bloggers hari ni merupakan killer menu iaitu antara menu yang paling digemari oleh pelanggan Craez Cafe.

Semua menu kat atas ni sedap gila ! Sumpah sedap ! Yang paling menyengat deria rasa ialah White Storm Carbonara ni sebab fana ni hantu Carbonara. Next time datang ini menu wajib order ! Untuk portion dia pulak kalau bagi lelaki sangat sesuai sebab portion dia agak besar. Untuk orang macam fana ni kalau tengah lapar gila tu memang akan habis kot. Kalau tak, kena kongsi dua orang. Al-maklum la tank kecik.

Untuk minuman pulak, kitorang dihidangkan dengan sexy Mocktail Craez Cafe. Hahaha. Sebab apa fana cakap dia seksi? Sebab warna dan cara presentation dia. Hihihi


Untuk korang yang gemarkan dessert yang sejuk tetapi berkhasiat jugak, boleh la try Parfait daripada Craez Cafe ni. Sangat sedap hokayyy! Tak tipu jugak. Sedappp gila. Tak dapat dinafikan lagi. Haaaa, gitewww! Punya la nak bagi korang percaya ni. Hahaha Antara tiga-tiga Parfait ni, yang paling fana suka ialah Craez King Castle sebabnya rasa vanila dia buatkan kita rasa selesa. Tak terlalu manis dan sesuai dengan jiwa mungkin. Dah la nampak macam angel. Cantek sangat kan? Chef Imelda, I think you should change the name to Beautiful Angel. Hahaha.

Okay, habis cerita pasal menu. Oh ya, mesti korang nak tahu pasal harga jugak kan? Jom tengok harga menu yang disediakan di Craez Cafe. Bagi fana, sangat berpatutan dengan kelazatan dan jugak portion dia yang besar.

Amacam? Berpatutan kan? So, untuk korang yang memang suka makanan barat macam fana ni boleh la datang Craez Cafe ni. Sebab makanan yang dihidangkan memang sedap, korang memang akan puas hati punya. Tak caya? Cuba makan dulu. :)
Untuk korang yang nak tahu pasal lokasi kejadian pulak. Hahaha. Korang just datang Kelana Jaya, terus pergi ke bangunan UNITAR atau namanya bangunan Tierra Crest. Naik lif pergi tingkat 1. Nanti korang keluar lif je korang akan nampak restoran yang sangat ceria dan disambut oleh staff yang ceria jugak.

Selain makanan, fana sukakan dekorasi dalam restoran jugak. Sangat ceria, pandai bermain warna dan setiap sudut ada je deko yang comel. Dari luar sampai la dalam restoran korang akan nampak yang restoran ni sangat ceria. Rasa macam makan dekat rumah sendiri pun ada. Sangat rileks dan cool.





Oh ya, sebelum terlupa fana nak bagi berita gembira untuk korang yang nak cuba makan di Craez Cafe. Mereka menyediakan membership card untuk korang jika korang berjaya berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas! Wow! Best kan? Kalau korang dapat membership card tu korang akan dapat kelebihan sebagai seorang pelanggan taww.

Chef Imelda dan krew Craez Cafe menjemput korang semua ke Craez Cafe yang terletak di tingkat 1, Tierra Crest (UNITAR) pada 7 - 9 Februari ni sebab ada CRAEZ CARNIVAL yang akan melibatkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari tersebut.

Yang menariknya, ada pertandingan Mini Masterchef taw yang ala-ala Peti Saji Misteri tu. Chef Adu yang akan jadi juri. So, kalau korang nak feeling-feeling merasa masuk Masterchef, boleh la sertai karnival ni dengan menghubungi nombor yang tertera di poster bawah ni. Ramai artis yang akan hadir dan Chef Zamir pun ada hokayyy! ;)

Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai Craez Cafe boleh terus ke link dibawah :
Lepas ni fana akan pergi lagi kot. Mungkin akan jadi regular customer jugak. Hahaha. Masih teringat-teringat kelazatannya. Jangan sampai terbawak dalam mimpi sudah la. Hihihi. Akhir sekali, gambar kami para bloggers di Food Review petang tadi. :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved