ads

Ahad, 4 Mei 2014

12 di kelana jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Tikam teman wanita kemudian terjun dari tingkat 11 pangsapuri <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2014 09:35 PM PDT

 MAYAT Jim ditemui satu kilometer dari lokasi Salmah dibunuh
Petaling Jaya: Hilang akal akibat cintanya ditolak menyebabkan seorang lelaki tergamak menikam teman wanitanya sebelum nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa seorang tukang jahit, Salmah Lok, 43, ditemui maut ditikam di perut menggunakan gunting di ruang tamu rumahnya terletak di Jalan 9A/12, Sungei Way, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang juga pemilik kedai jahit ditemui mati oleh seorang pelanggannya sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh malam kelmarin sebelum mayatnya yang terbaring berlumuran darah ditemui.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Kota Belud, Sabah itu ditikam beberapa kali di perut menggunakan gunting.

"Senjata digunakan untuk membunuh mangsa ditemui di lokasi kejadian. Pihak polis percaya kejadian bunuh itu ada hubung kait dengan masalah cinta," katanya, semalam.

Menurutnya sebaik siasatan di lokasi pembunuhan selesai sekitar jam 4 petang, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari pangsapuri kurang 1 kilometer dari rumah mangsa wanita itu.

"Sebaik tiba di lokasi kedua, pihak polis mendapati mayat seorang lelaki ditemui terbaring di bumbung stor pangsapuri itu.

Sumber: myMetro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved