ads

Ahad, 4 Mei 2014

12 di pandamaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di pandamaran - Google Blog Search


Misi Menawan Kolam <b>Pandamaran</b>, Klang - pancing2u - Blogger

Posted: 30 Apr 2014 03:44 AM PDT

Dekat 1/2 jam jugalah Saya (Admin) dan Torres memujuk Si Ringgo untuk turut serta dalam 'Komplot' ke Kolam Pancing Pandamaran kali ini. Pelbagai alasan diberikan olehnya namun atas dasar semangat setiakawan dan cinta pada hobi memancing ini, Ringgo memutuskan untuk bersama kami kali ini. Bukan apa sudah banyak kali apabila berkomplot pasti tidak akan disertai oleh beliau dan saya teringin untuk menguji keberkesanan mesin CatKing Ace 30 milik beliau di Pandamaran nanti. Baiklah, Assalamualaikum diucapkan kepada semua pembaca blog Pancing2u, kali ini P2U Angler buat pertama kalinya ingin menguji penghuni SHG Kolam Pandamaran. Banyak sumber yang kami dapati di Internet dan Google mengatakan yang memancing di sana menyeronokkan dan ikan-ikan yang menghuni kolam di sana sihat-sihat serta besar. Oleh itu pada sesi kali ini kami sepakat untuk turun ke SHG Kolam Pandamaran. Berikut di sertakan sedikit maklumat pakej berkenaan SHG Kolam Pandamaran:
Setelah diamati betul-betul kami sepakat untuk mencuba Kolam No. 2 yang mana merupakan kolam yang menawarkan pakej yang paling murah berbanding kolam-kolam lain. Untuk sesi kali pertama ini adalah lebih baik kami cuba yang murah dahulu dan tengok bagaimana tahap kerakusan ikan makan serta keselesaan kolam di situ nanti tidak pasal-pasal rugi sahaja.
Setelah yuran kolam di bayar dan tiba masa untuk mencari port yang sesuai, disebabkan ini merupakan kali pertama P2U Angler turun ke sini oleh itu port yang terbaik masih belum dapat dikesan lalu kami memutuskan untuk duduk berhampiran pintu masuk kolam no. 2 tersebut. Suasana pada malam tersebut agak lengang disebabkan ianya hari bekerja dan orang yang datang memancing juga tidak ramai. Lega rasa hati dapat pilih port yang selesa dan tidak terkejar-kejar.
Pada kali ini saya mempertaruhkan set pancingan Ofmer yang baru saya beli tempoh hari, Rod Ofmer Evolution 6'0'', Kelili Ofmer Aldia 3000 serta Tali Tangsi Ofmer E-Gold 18lb. Ringgo pula menggunakan rod Xpert Graphite 5'6'', Kekili CatKing Ace 30 dan Tali Sulam Ichiban Pro Hunter 30lb. Torres pula menggunakan Rod Abu Garcia Vengeance 6'0'', Kekili Abu Garcia Omega 4000 serta Tali Sulam Berkley 30lb.
Kami pun memulakan sesi pancingan dengan melakukan pancingan dasar dan kadang-kadang "Casting" ikut mood. Nampak macam sepi di malam tersebut ekoran tiada pemancing lain yang menarik ikan disitu, adakah kami tersalah pilih kolam? atau pun kolam murah oleh itu ikan-ikan juga kurang.
Ringgo sampai tertidur-tidurlah di sebabkan penat menunggu ikan, aduh nampaknya kami sudah salah pilih kolamlah. Hati masing-masing gusar dan mengantuk, tiba-tiba joran Ringgo seperti bergerak-gerak menandakan ada mangsa yang sedang leka menjamah umpan. Apa lagi sepantas kilat Ringgo menyebat joran beliau dan pertarungan bermula. Habis melengkung joran dibuatnya dan akhirnya seekor jenahak seberat 1.3Kg berjaya ditumpaskan Si Ringgo, malam yang sunyi tadi telah dipecahkan kebuntuannya setelah seekor penghuni berjaya dinaikkan.
P2U Angler semua terus  kembali bersemangat, Alhamdulillah nampaknya kami tidak pulang kosong pada sesi kali ini cuma saya dan Torres masih 'Kumpau' setakat ini. Takpa masih ada baki 1 jam lagi untuk kami meneruskan pancingan di sini. Tapi hati saya berat menyatakan yang kolam no. 2 ini tidak berpotensi disebabkan peratusan sambaran adalah kurang serta ikan-ikan di dalamnya sakit-sakit belaka. Oleh itu pembaca diluar sana dinasihatkan untuk mengkaji kolam-kolam di SHG Pandamaran ini sebelum masuk.
Sedang-sedang berborak, Kekili Si Ringgo disambar sekali lagi oleh penghuni kolam tersebut, 
"Wah Ini Tidak Boleh Jadi Ini, Asyik Dia Jer Kene...." Kata saya kepada Torres. 
Mungkin rezeki Si Ringgo pada malam itu, ikan nak makan umpan yang disuakan. Pertarungan yang berlaku tidak begitu terasa disebabkan saiz ikannya hanya sekadar 800g sahaja namun tangkapan specis kali ini cukup menggembirakan beliau kerana merupakan lesen MJ pertama beliau. Tahniah Ringgo!!!...
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u dan dan diharapkan anda terus menyokong kami dan memberikan komen-komen serta tip-tip yang menarik agar idea dan seni dalam dunia pemancingan dapat dikembangkan lagi. Sekian terima kasih.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved