ads

Rabu, 14 Mei 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Aroma Ikan bakar, Seafood <b>di Kuala Selangor</b> | ROJAK SOMTAM

Posted: 17 Apr 2014 07:59 AM PDT



Assalamualaikum dan salam sejahtera… sebelum ini saya penah buat artikel cendol bakar di kuala Selangor… kali ini masih di kuala Selangor, saya akan bawa semua pergi makan seafood pula!!! Wwoooooo!!! Manyak syioookkk!!!! Untuk makan seafood dikuala Selangor, saya cadangkan AROMA IKAN BAKAR. Kenapa kat aroma ikan bakar? Kan banyak lagi restoran lain?? Jawapannya senang saja. Sedap, selesa dan MURAH. Rasa – rasa nya semua orang mahukan kriteria macam tu  bila mencari kedai makan kan? Sebenarnya ini adalah kali kedua saya kesini dan merasakan servis disini agak bagus dan cepat  jika dibandingkan dengan jumlah pelanggan yang datang. Untuk pengemar seafood memang disarankan datang dan mencuba masakan masakan disini.
Untuk datang ke sini amat amat mudah. Dari cendol bakar, anda terus sahaja menghala ke klang dan akan ada satu signboard restoran AROMA ikan bakar warna hijau di bahagian kanan.  Dari situ anda terus sahaja dan akan jumpa medan ikan bakar pantai jeram. Restoren aroma ikan bakar ini betul betul tepi medan ikan bakar pantai jeram.
Untuk pengetahuan semua, disini juga anda boleh lihat matahari terbenam sambil makan seafood… fuuhhhh… layan…bak kata muda mudi sekarang. Thooorrrbaik kate ko. Hahaha…. Tapi kalau nak layan sunset kat tempat lain, boleh pergi pantai remis.
Jom lihat apa yang ada di restoran aroma ikan bakar ni. Enjoy the pictures ^_^
 Ni la persekitaran di restoren ni. Kawasan kemas. Cantik.
 Ni signboard nak masuk simpang ea

Lai lai… mali pilih mau makan apa… macam-macam ikan ada disini. Ikan kira ikut timbang ea.
 Tom yam ni sedapppppp.. wajib order lau kat sini.
 Sotong celup tepung!!! Nyum nyum
 Kalian ikan masin.. terbaik gak.
Ni ikan apa pun aku xtau.. aku men amek je… jenis masakan pun aku men pilih ja.. hahaha… yang penting salah satu tu masam manis dan tiga rasa.
Makan kat sini memang puas hati.. kalau bawak ramai – ramai lagi syiok makan. Lagi lagi kalau ada orang belanja. Kikikiki.
Kalau datang kuala Selangor jangan lupa singgah sini untuk merasa seafood ea… kuala Selangor kan terkenal dengan seafood. Hehe… selamat makan semua. ^_^
p/s : kalau jumpa tempat makan atau tempat menari, jangan lupa #rojaksomtam di instagram ya…

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved