ads

Rabu, 21 Mei 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Perjalanan Yeop <b>di Kuala Selangor</b> Bahagian 2 | Khairil Mazri dot com

Posted: 15 May 2014 05:44 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bertemu kembali dengan cerita yeop. Dah lama yeop simpan gambar semuanya. Mungkin dah penuh memori dalam aplikasi OneDrive di iPhone 5C dan Samsung Galaxy S3.

Baiklah, yeop nak bagitahu ada tempat wayang di Kuala Selangor. Betul ke? Ini yang yeop nak ceritakan sekarang ini.

Selepas yeop pergi ke Bukit Malawati pada hari Isnin lepas, yeop terus berjalan bersama adik bongsu yeop ke Bandar Kuala Selangor. Kebetulan pula hari tu pada hari pekerja, hari khamis lalu.

Yeop bermula perjalanan ke Kuala Selangor melalui jalan Sabak Bernam – Kuala Selangor dan jalan sangat sesak. Jaraknya agak hampir 30 kilometer dan mengambil masa selama 15 minit.

Akhirnya yeop sampai di Kuala Selangor. Ternampak Tesco Kuala Selangor di hadapan jalan tersebut, yeop terus pusing ke kawasan rumah kedai dan terus ke One Plaza. Masa tu parking agak susah nak dapat, kemudian yeop parking di bangunan baru yang hampir siap.

Bila yeop terus berjalan kaki ke One Plaza, pandangan pertama yeop lihat adalah ada panggung wayang!

Selalunya di tingkat 2 atau tingkat 3 tetapi ya, di tingkat bawah.

Agak tak menarik pada tempat wayang tu adalah kekurangan cerita yang ditayangkan di sana. Ingat nak tengok cerita Melayu sikit tapi terbantut kerana hanya cerita Inggeris sahaja yang ada.

Jadi, sesiapa nak pergi tengok wayang datanglah ke One Plaza Kuala Selangor.

Kemudian di tingkat pertama, yeop tengok ada pusat karaoke, ramai-ramai adalah orang melayu muda. yeop memang malas nak ambil gambar di kawasan tu.

Kemudian yeop lihat ada bowling di tingkat 2. Kalau aktiviti keluarga atau event bolehlah singgah dan terus bermain di situ. Yeop tak pasti harga berapa untuk sekepala, tapi kalau kaki bowling semestinya tak kisah nilainya asalkan kepuasan hati memang ada.

Kemudian di tingkat atas sekali ada kafe untuk makan-makan sambil melihat suasana. Harganya bolehlah tahan dengan masakan mereka. Yeop bagi 3 bintang saja.

Dah sampai kena klik klik klik. hehehe

Dah setel jalan-jalan terus yeop balik ke Sungai Besar.

Kemudian yeop cerita kisah di Teluk Intan, Kuala Kangsar dan Lenggong.

Sekian, Wassalam.

The following two tabs change content below.
Bekas pengguna Blogger (www.khairilmazri.net) dan kini bertapak di Wordpress. E-melkan ke [email protected] / [email protected] atau klik di Hubungi Saya jika pertanyaan, jemputan event atau review barangan. "Berani Berubah Sebelum Anda Diubah Oleh Seseorang"

Latest posts by Khairil Mazri (see all)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved