ads

Rabu, 21 Mei 2014

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 10:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dua rumah <b>panjang</b> musnah - The Borneo Post Online

Posted: 03 Apr 2014 09:06 AM PDT

by Reno Benjamin,Florence Nervyn dan Kepu Sidi. Posted on April 4, 2014, Friday

Lebih 300 penduduk terjejas dalam kebakaran Rh Adin Jawa dan Rh Kayan Tarang

RANAP: Rumah Kayan Tarang, Nanga Telik, Krian dekat Saratok musnah dalam kebakaran pagi semalam.

MARAK: Api memusnahkan Rumah Adin Jawa yang dibina rapat dengan rumah-rumah individu lain di Sungai Engkalat dekat Sibu, pagi semalam.

SIBU: Lebih 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran rumah panjang di dua lokasi ber-asingan di Sungai Engkalat dekat sini dan Saratok, pagi semalam.

Dalam kejadian pertama, sebanyak 24 daripada 70 pintu Rumah Adin Jawa di Sungai Engkalat musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam yang me-nyebabkan 124 penduduk hilang tempat tinggal.

Kebakaran yang dipercayai bermula dari salah sebuah pintu di rumah panjang itu turut memusnahkan enam buah rumah lain yang dibina berdekatan dengan rumah panjang terbabit.

Seorang wanita berusia 54 tahun pengsan setelah mengetahui kediamannya di rumah panjang yang berusia lebih 60 tahun itu musnah.

Menurut Tuai Rumah Adin Jawa, ketika kejadian beliau tidak berada di rumah panjang kerana pergi ke Julau bagi membaiki rumah saudaranya.

"Saya baharu hendak me-mulakan tugas apabila menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kejadian itu sekitar jam 8.40 pagi.

"Mendengar berita itu, saya terus memecut pulang semula dan apabila tiba di sini, rumah panjang telah musnah dijilat api," ujarnya kepada pem-berita.

Ketika kejadian, menurut Adin, hanya isteri, anak dan cucunya berada di rumah yang sempat menyelamatkan sebahagian harta benda termasuk dokumen penting.

Rumah Adin terletak 20 minit perjalanan dari pusat bandar Sibu dan mempunyai seramai 380 orang penduduk.

Menurut seorang pendu-duk, Borman Ruby, 30, beliau tiada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang selepas dimaklumkan me-ngenai kebakaran itu.

"Apabila saya tiba, api telah marak. Namun nasib baik api berjaya dikawal daripada me-rebak ke rumah saya yang terletak berhampiran," ujarnya.

Difahamkan, punca kebakaran dipercayai akibat tindakan seorang kanak-kanak bermain mancis di salah sebuah bilik di rumah panjang itu.

Api kemudian dipercayai membakar tilam menyebabkan ia bertambah marak sebelum merebak ke seluruh rumah panjang dalam masa kurang 30 minit.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Abdul Mutalib Rashid berkata, bomba me-nerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 8.45 pagi.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dan lapan lagi anggota dari BBP Sibu dikejarkan ke tempat kejadian bersama dua buah jentera.

"Kita juga meminta bantuan daripada BBP Bintangor sebagai langkah berjaga-jaga," ujarnya sambil menambah api telahpun marak apabila bomba tiba di tempat kejadian.

Menurut Mutalib, pihaknya menggunakan dua jentera pengepam untuk mengepam air dari Batang Igan bagi me-lakukan kawalan kebakaran di bahagian atas dan bawah rumah.

"Kita berjaya mengawal api daripada merebak meman-dangkan rumah di sini banyak dibina daripada kayu serta rapat antara satu sama lain," jelasnya sambil menambah pihak bomba turut mendapat bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Api berjaya dikawal sekitar jam 9.53 pagi tanpa melibatkan sebarang kecederaan penduduk. Kebakaran itu merupakan yang pertama melibatkan rumah panjang di Daerah Sibu pada tahun ini.

Sementara itu, dalam kejadian kedua pada jam 10 pagi semalam, kira-kira 200 penduduk terjejas apabila Rumah Kayan Tarang, Nanga Telik, Krian dekat Saratok yang berusia 52 tahun musnah dijilat api dalam masa hanya 45 minit.

Rumah panjang separuh kekal itu mempunyai 25 pintu bilik yang mana bahagian atas diperbuat daripada kayu, manakala bahagian bawah adalah konkrit .

Tuai Rumah Kayan, 74, ketika ditemui berkata ketika kejadian kebanyakan penduduk rumah panjang itu berada di kebun dan di pekan Saratok.

"Hanya warga emas dan kanak-kanak yang berada di rumah semasa kejadian. Menurut penduduk, kebakaran dipercayai bermula dari salah sebuah bilik yang terletak di tengah-tengah rumah panjang.

"Ketika kebakaran, saya sendiri sedang bekerja di kebun sawit saya. Apabila dimaklumkan, saya dan beberapa pekerja yang juga penduduk rumah panjang bergegas pulang.

"Namun setibanya di rumah panjang, separuh daripadanya sudah musnah dijilat api," katanya.

Kayan berkata, kejadian itu merupakan satu tamparan yang amat besar kepada penduduk, terutama mereka yang bekerja sebagai petani dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Mohamad Darul Azreen Md Desa berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 pagi.

"Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari balai.

"Setibanya di lokasi kejadian, kita mendapati api telah memusnahkan kira-kira 85 peratus rumah panjang itu. Faktor rumah panjang yang dibina daripada kayu dan angin kencang pada waktu kejadian menyebabkan api merebak dengan cepat.

"Ketiadaan pili bomba juga satu cabaran kepada anggota bomba untuk mengawal dan memadam kebakaran. Kita terpaksa mendapatkan sumber air dari sungai yang terletak lebih kurang 50 meter di bahagian hadapan rumah panjang ini," kata Mohamad sambil menambah bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 12.15 tengah hari.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved