ads

Sabtu, 25 Jun 2011

12 di ampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Status 4 Projek Perumahan Terbengkalai <b>di Ampang</b> - Parlimen Ampang

Posted: 14 Jun 2011 01:26 AM PDT

Pertanyaan Jawab Lisan : 14 Jun 2011 (Selasa)

SOALAN:

YB Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin (AMPANG) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan, dengan merujuk kepada jawapan bertulis yang diberi kepada soalan Ampang bertarikh 29 Jun 2010, apakah status terkini 4 projek perumahan terbengkalai di Ampang, iaitu Taman Sri Angsana Hilir, Taman Kencana (Fasa 3), Taman Estana Court dan Ukay Bistari.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat,

i) Taman Sri Angsana Hilir

Sehingga kini Sinesinga Sdn Bhd masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak pemaju penyelamat bagi mendapatkan persetujuan nilai penebusan. Satu perbincangan dengan pihak pembeli asal projek ini akan diadakan pada Julai 2011.

ii) Taman Kencana (Fasa 3)

Sehingga kini pemaju penyelamat, Garden Meridien telah membayar 10% (RM330,000) kepada Sinesinga Sdn Bhd pada 31 Disember 2010. Baki sebanyak 2.9 juta akan dijelaskan sebelum akhir Jun 2011.

iii) Taman Estana Court

Buat masa ini, pihak pemaju penyelamat iaitu Kisma Jaya Sdn Bhd sedang berurusan dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan bagi mendapatkan kelulusan jalan masuk ke tapak projek.

iv) Projek Perumahan Ukay Bistari

a) Servis apartment dan kedai (1,027 unit)

  • Pihak pemaju (Damai Bistari Sdn Bhd) telah melantik Syarikat Jati Pemborong Am sebagai Turn-key Contractor bagi menyiapkan keseluruhan projek.
  • Blok A, D dan E dijangka siap secara fizikal pada Julai 2011. Sementara blok B, C dan F dijangka siap secara fizikal pada Disember 2011.

b) Apartment kos rendah (256 unit)

  • Progres pembinaan pada peringkat kerja-kerja akhir. Pembangunan fizikal dijangka siap pada bulan Julai 2011.

c) Apartment kos sederhana (60 unit)

  • Di dalam proses refund kepada pembeli

d) Apartment kos sederhana rendah (120 unit)

  • Di dalam proses refund kepada pembeli

Sekian. Terima kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved