Khamis, 16 Jun 2011

12 di morib - Google Blog Search

12 di morib - Google Blog Search


Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor <b>di</b> Pantai <b>Morib</b>, 18 Jun <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2011 05:32 AM PDT

Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Siri 8 kini menemui anda di Daerah Kuala Langat pada hari Sabtu, 18 Jun 2011 bertempat di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat.

Pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung yang hadir antaranya Majis Dialog dan Forum GeMS, pameran agensi kerajaan dan swasta, sesi
"Walk-In Interview" Jom Kerja, pertandingan bola sepak pantai dan bola jaring, konvoi dan pertandingan motosikal berkuasa tinggi dan klasik tercantik.

Selain itu, penganjur mengundang anak muda untuk menyertai acara OPKIM Mahasiswa Kolej INPENS seperti khidmat servis motosikal percuma, pertandingan bercerita untuk pelajar sekolah, khidmat spa untuk wanita dan pelbagai lagi.

Acara Sembang Santai dan Konsert GeMS menampilkan ahli panel iaitu Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi bersama pemuzik terkenal tanahair, Sham Kamikaze. Tidak lupa juga persembahan artis iaitu Shahir AF8.

Dijangkakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

Program dijadualkan bermula jam 9 pagi. Sebarang maklumat lanjut digalakkan untuk menghubungi sekretariat porgram di talian 03-55212305. Untuk mengetahui program terkini GeMS boleh melayari laman web mereka di alamat http://gemselangor.blogspot.com.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15307

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads