Khamis, 16 Jun 2011

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Pelbagai Program Agama Telah Dilaksanakan <b>Di Negeri Selangor</b> « PKM <b>...</b>

Posted: 30 May 2011 09:09 PM PDT

Sungai Sireh, 30 Mei    :    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, berkata, sejak Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang untuk pentadbir negeri Selangor, banyak program-program keagamaan banyak dijalankan dengan baik berbanding dengan pentadbiran yang lama.

Antara program besar yang telah dilaksanakan di negeri Selangor dan yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini bahkan di negeri-negeri lain ialah seperti program sahur perdana, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang di Stadium Malawati Shah Alam pada bulan ramadhan yang lepas, katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk "Indahnya Islam" yang diadakan di Masjid At-Tuqa Sungai Sireh.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah menghidupkan semula maahad thahfiz yang terletak di Jugra Banting, jika sebelum ini semasa di dalam pemerintahan yang lalu maahad thahfiz tersebut hanya mempunyai kira-kira 50 orang pelajar, tetapi kini pelajar di maahad thahfiz tersebut telah meningkat seramai lebih 500 orang, katanya lagi yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Selain itu menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor sedang berusaha untuk melahirkan Imam-imam muda yang boleh membimbing program-program qiamullail yang akan menjadi pembimbing kepada seluruh masyarakat di negeri Selangor.

Forum yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato' Dr Abd Halim Tamuri, turut membariskan Pensyarah Universiti Malaya, Ustaz Dr Roslan Mohamad dan Perunding Motivasi, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Umno Terdesak Untuk Rampas Kuasa <b>Di Negeri Selangor</b> « PKM Sungai <b>...</b>

Posted: 12 May 2011 10:13 AM PDT

13 05 2011

Jalan Jepun, 12 Mei    :    Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, mengigatkan seluruh jentera PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Umno akan melakukan apa sahaja bagi merampas semula negeri Selangor dari Pakatan Rakyat (PR), bagi Umno, menguasai Selangor adalah penting kerana negeri ini mempunyai pelbagai hasil negeri.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam pelancaran jentera PRU peringkat Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong  di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS). Dalam program tersebut, setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dalam DUN Sungai Burong telah diberikan Bendera PAS sebagai gimik pelancaran jentera pilihan raya peringkat DUN.

Beliau juga berkata, tindakan terdesak Umno bagi merampas kuasa di negeri Selangor juga jelas kelihatan dengan tindakan mereka mendaftarkan secara beramai-ramai pengundi yang berasal daripada Sabah untuk mengundi di Shah Alam. Selain itu mereka turut mendaftarkan rakyat asing sebagai pemilih dengan memberi kad pengenalan.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan, Drs Mohd Rashdi Deraman, yang juga Pengarah JPrD Sungai Burong, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Pengarah JPrK Tanjong Karang, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, Pengarah JPrD Permatang, Haji Miskon Misani dan lain-lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads