Ahad, 12 Jun 2011

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Rumah Dalam Balairaya | Selangor Daily

Posted: 24 May 2011 07:44 AM PDT

Sudah jatuh ditimpa tangga , begitulah nasib Puan Normah dan keluarganya dari Sungai Tenggi , Hulu Selangor.

Pada bulan bulan september 2009 rumah didiami oleh Puan Normah dan suami serta anak-anaknya terpaksa dirobohkan setelah mendapat arahan demi arahan dari Jabatan Perhutanan Selangor.

Puan Normah dan keluarga telah membina rumah dan mendiami kawasan tersebut sejak 8 tahun yang lepas.

Namun selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada tahun 2008, kehidupan Puan Normah dan keluarga telah berubah. Bukannya berubah untuk menjadi lebih baik kerana kerajaan baru itu adalah kerajaan kebajikan , tetapi berubah menjadi lebih teruk.

Suami Puan Normah (ketika itu masih hidup) menerima surat dari Jabatan Perhutanan Selangor agar mereka sekeluarga mengosongkan serta merobohkan rumah tersebut. Puas sudah suaminya turun naik pejabat dan merayu sana-sini tetapi hasilnya tiada.

Selepas tekanan demi tekanan yang mereka terima dari Jabatan Perhutanan Selangor termasuk amaran keras, mereka tiada pilihan, akhirnya mereka terpaksa keluar dari rumah itu.

Mereka tiada tempat hendak dituju kerana tiada rumah lain. Nasib baiklah pada masa itu pihak pengurusan kilang sawit Sungai Tenggi memberi kebenaran kepada mereka untuk menumpang di balai raya kawasan perumahan pekerja-pekerja kilang sawit tersebut.

Mereka sekelurga tinggal di sana sehingga sekarang. Sedih dan tertekan dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga, suami Puan Normah sakit dan meninggal dunia pada 12 Mei lepas.

Khamis lepas Pergerakan Wanita Umno Hulu Selangor telah mengunjungi Puan Normah untuk bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. Ketua Pergerakan Wanita Umno Hulu Selangor , Datuk Rosni juga telah membawa perkara itu kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk bantuan sepatutnya kepada Puan Normah.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan juga berjanji akan menguruskan rumah sewa untuk Puan Normah tinggal sementara waktu sehingga beliau mendapat rumah generasi kedua dari Felda kelak.

Bertahun-tahun mereka sekeluarga tinggal di tanah berkenaan semasa zaman pemerintahan BN, tiada sebarang masalah. Masuk sahaja zaman kerajaan kebajikan, habis di halaunya keluar dari tanah itu.

Lagi gambar dan video sila lawati  http://minaq-jinggo.fotopages.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads