ads

Isnin, 25 Julai 2011

12 di ampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ampang - Google Blog Search


Duke of UMNO: GEMPARRR..!!! Komunis dikesan <b>di Ampang</b> pula..!!!

Posted: 08 Jul 2011 01:42 AM PDT


Memang gemparrrr..!!! Tetiba je ada komunis kat Ampang. Memang la komunis dah letak senjata. Tapi fahaman dan perjuangan komunis memang masih wujud di Malaysia hingga hari ini. Ini buktinya!

Aku tidak menolak sekiranya puak-puak komunis ini menyimpan senjata. Mungkin mereka menyimpan senjata mereka di rumah atau di rumah-rumah ibadat mereka. Harap mana-mana pihak yang berkenaan "alert" mengenai kemungkinan ini.

Fahaman ada, gambar ada...tak mustahil senjata pun masih ada...kan?

KUALA LUMPUR – Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran kami di Mynewshub.my ketika kami mula-mula melihat dua imej yang berkaitan dengan komunis di kawasan Pandan Perdana, Ampang.

Yang pertama, dan sangat nyata sekali adalah imej Bapa Komunis China, Presiden Mao Zedong.

Mengapa Ada Imej Komunis Di Kawasan Ampang?

Imej itu dilukis pada tingkat atas salah satu unit di kawasan Pusat Perdagangan Tasik Perdana.

Kami bagimanapun tidak dapat mengambil gambar penuh kerana ia terhalang dengan sebuah tembok di hadapannya dan laluan masuk ke tingkat atas juga terkunci rapat.

Unit itu dipercayai sudah agak lama tidak dihuni.

Beberapa ratus meter dari kawasan itu, pihak kami juga menemui satu lagi gambar yang menyerupai askar komunis negara China.

Mengapa Ada Imej Komunis Di Kawasan Ampang?

Gambar yang disembur menggunakan cat hitam itu menunjukkan seorang tentera memberikan tabik hormat. Ia diletakkan pada satu papan tanda milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di tepi Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2).

Lokasi yang amat jelas untuk dilihat para pengguna lebuh raya itu.

Pengamatan kami mendapati, gambar berkenaan sudah pernah ditampal dengan beberapa pelekat dan poster di atasnya, tetapi semua bahan itu dibuang dan dibersihkan oleh pihak tertentu.

Seolah-olah ada pihak yang prihatin untuk menjaga imej ala-ala komunis itu.

Tidak dapat ditentukan motif gambar pemimpin dan tentera komunis China dilukis di kawasan perdagangan dan di tepi MRR2 itu.

Sebenarnya, kedua imej itu bukanlah tersembunyi. Ia agak jelas di mata umum.

Kalau hendak dikatakan perbuatan vandalisme, rasanya tidak ramai di kalangan pelaku musnah yang kenal pemimpin komunis yang meninggal pada tahun 1976 itu.

Apakah ia mencerminkan wujud pihak yang masih bersimpati dengan perjuangan komunis di negara ini?

Atau ia dilukis pekerja asing warga China kerana kawasan Pandan Perdana ramai juga pekerja warga negara itu yang tinggal di situ.

Apa jua, perkara seperti ini tidak boleh dipandang sepi oleh mana-mana pihak pun. Kalau tidak dikawal dikhuatiri menjadi barah.

Jangan ada pihak yang mula guna istilah jangan takut pada bayang sendiri dan sebagainya. Jangan pandang ringan benda sebegini.

Ideologi komunis bukan sahaja sudah tidak sesuai dengan zaman dan budaya kita, malah ia menyimpang daripada ajaran suci Islam.

Elok kita cegah sebelum parah. -mynewshub.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved