ads

Isnin, 25 Julai 2011

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Menara Kehidupan: Tanjung Karang merupakan syurga kepada nelayan <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2011 09:34 PM PDT

Pada petang sabtu lalu kami bersiap untuk pulang ke kampung di Tanjung Karang kerana pada sebelah malam ibu mengadakan tahlil arwah  di rumah selepas solat isyak. Setibanya kami di sana; isteri dan ahli keluarga yang lain bertungkus-lumus menyiapkan juadah makanan untuk tetamu tahlil nanti. Tepat pukul 9:35 malam tahlil arwah pun bermula dan berlanjutan sehingga pukul 10:40 malam barulah tetamu beransur pulang.
Setelah selesai maka, kerja mencuci dan mengemas pun bermula.


Pada hari ahad yang cerah saya pun membawa anak-anak bersiar-siar di muara Sungai Tengi. Di muara Sungai Tengi inilah wujudnya pekan yang bernama Tanjung Karang. Asal nama pekan Tanjung Karang tidak la berapa jelas tetapi dipercayai diambil dari nama tanjung yang terdapat di hujung muara sungai dan karang pula diambil dari kulit kerang yang banyak di persisiran pantainya.

Sungai Tengi ini mengalir dari Bukit Asa yang berketinggian 267 meter dari aras laut. Di sepanjang laluan Sungai Tengi ini akan melalui Felda Sungai Tengi dan Felda Suharto di bahagian hulu dan di bahagian hilir sungai akan mengairi sawah yang luas terbentang  serta di muaranya pula memberi rezeki kepada nelayan-nelayan yang menangkap ikan.

Kulit kerang banyak terdampar di sepanjang pantai muara Sungai Tengi. Kawasan pantainya yang berselut di bahagian tengah dan sedikit pasir yang bercampur dengan kulit kerang di bahagian bibir pantai. Kerja-kerja penambakkan benteng laut tersebut adalah untuk menahan ombak dan air laut dari memasuki ke kawasan penempatan berhampiran. Di bawah ini saya paparkan cerita bergambar untuk tatapan semua...















Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved