ads

Isnin, 25 Julai 2011

12 di klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Wanita penunggang motosikal maut <b>di</b> Jalan <b>Klang</b> gate |

Posted: 24 Jul 2011 04:45 AM PDT

No of View :280

Seorang wanita maut manakala kawan lelakinya cedera parah dalam kemalangan di KM18 Jalan Klang Gate menghala ke arah Ampang dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa, Puteri Yushru Qistina Mazlan, 20, dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum terbabas di satu selekoh lalu melanggar pembahagi jalan.

Ketua Polis Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata berikutan hentakan kuat antara motosikal itu dengan pembahagi jalan berkenaan, mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

"Mangsa yang juga pelajar sebuah kolej swasta di Kota Damansara meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya melalui khidmat SMS hari ini.

Beliau berkata, kawan lelaki mangsa yang berumur 26 tahun cedera di bahagian badan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved