ads

Sabtu, 23 Julai 2011

12 di balakong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di balakong - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Meraikan Majlis Penyampaian Peruntukan <b>...</b>

Posted: 22 Jul 2011 04:34 PM PDT

Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn, 21 Sya`ban = 23 Julai (Jumaat):

Adun tiba di Surau Al.Amin dan berkesempatan solat berjamaah Isya. Kehadiran Adun ke sini pada malam ini bagi meraikan Majlis Penyampaian Peruntukan Adun Balakong YB Yap Lum Chin & YB Teo Nie Ching kepada Nazir-Nazir Masjid dan Pengerusi-Pengerusi Surau seluruh Balakong. Jumlah semua:

Masjid 09 buah (Termasuk Surau yang mendirikan Jumaat)
Surau 43 buah

Jumlah 52 buah

Majlis di atas berlangsung sebaik selesai sembahyang Isyak di anjung surau. Turut hadier pada malam ini selain dari YB Yap dan Adun Bangi, ialah YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang dan Datuk Nurhisham Ahli MPKj.

Dalam ucapan YB Yap sebelum menyampaikan peruntukan beliau menyatakan tahun ini merupakan tahun ketiga bagi beliau menyampaikan peruntukan Ramadhan bagi masjid dan surau di Balakong. Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat membantu masjid dan surau menjalankan kegiatan selama sebulan Ramadhan. Dengan ini diharap umat Islam tahun ini dapat menjalankan ibadat lebih sempurna.

Adun Bangi yang sepatutnya tidak bercakap diminta oleh Pengerusi bercakap sambil menunggu YB Teo tiba, kerana mempunyai program yang lain. Adun Bangi menyebut bahawa sempena Ramadhan banyak peruntukan dari Kerajaan Negeri Selangor disampaikan kepada rakyat. Mulai minggu ini Kerajaan negeri menyalurkan zakat kepada mereka yang berkelayakan.Di Hulu Langat seramai 3,528 orang fakir-miskin menerima bantuan berjumlah sebanyak RM2,821,100.00 yang tiap seorang menerima antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada kadar kesusahan dan tanggungan. Seluruh negeri Selangor peruntukan dikeluarkan kepada 19,008 orang dengan jumlah peruntukan RM14,240,950,00. Jumlah sebanyak ini dapat dikeluarkan dari pungutan Zakat 2010 RM230 juta, kerana makin ramai rakyat negeri Selangor mengeluarkan zakat. Ini juga mencerminkan rakyat negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat makin makmur, Peruntukan yang diagihkan kepada masjid dan surau pada malam ini juga adalah peruntukan dari Negeri Selangor yang disalurkan melalui wakil-wakil Rakyat di negeri Selangor. Kita berharap masjid dan surau dapat menjalankan aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadhan ini lebih rancak dengan memnuhinya dengan berbagai-bagai ibadat. Adun Bangi mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Menggandakan Ibadat Pada Bulan Berkat ini.

Sebaik tiba YB Teo Adun Bangi menghentikan ucapannya dan YB Teo terus dijemput berucap. Beliau minta maaf di atas kelewatan, kerana beliau mempunyai dua program sebelum tiba ke surau ini. Beliau bergembira bersama Nazir-Nazir dan Pengerusi-Pengerusi Surau. Menurutnya, Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat dan membersih diri. Kebersihan sesuatu yang dituntut agama, Bahkan katanya, `Kebersihan dituntut di dalam semua hal oleh semua budaya dan ajaran termasuklah di dalam pentadbiran. Baru-baru ini kita menuntut bersih dalam perjalanan pilihanraya. Ini adalah tuntutan yang baik. Kehidupan kita seharusnya bersih. Bila tidak bersih tidak sihat. Begitu juga pemerintahan jika tidak bersih bermasalah. Sebab itu kita perlu amalkan bersih. Beliau mengingatkan bahawa peruntukan yang disalurkan kepada masjid-surau pada malam ini adalah dari duit rakyat dan kita pulangkan kepada rakyat. Kita bersifat amanah dan mengamalkan bersih dalam pentadbiran. Sebab itu beliau berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada pentadbiran bersih sekarang.

Selepas itu Majlis penyampaian peruntukan dilakukan oleh YB Yap dibantu oleh YB Teo, Adun Bangi dan Dato` Nurhisham. Sumbangan kepada masjid RM1,000, surau RM500 ditambah dengan penyampaian Al-Quran, beras, buah tamar, minyak masak dan lain-lain. Majlis berterusan hingga jam 11.00 malam yang diakhiri dengan jamuan makan malam.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved