ads

Khamis, 28 Julai 2011

12 di kuala selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Flashkit Academy » Lebuhraya <b>Kuala</b> Lumpur-<b>Kuala Selangor</b> (Latar)

Posted: 04 Jul 2011 06:59 PM PDT

by admin on July 5, 2011

KUALA SELANGOR: Luas dan selesa. Begitu ungkapan sesuai kepada lebuh raya terbaru di negara ini, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) menghubungkan Taman Templer, Rawang dan Ijok di Kuala Selangor sepanjang 33 kilometer yang menjadi nadi baru di kedua-dua kawasan terbabit.

Dengan pemandangan menghijau dan segar mata memandang, pengguna lebuh raya ini khususnya bagi mereka yang selalu berulang-alik dari ibu negara ke kawasan sekitar Kuala Selangor kini tidak perlu menempuh kesesakan dengan adanya laluan baru ini yang lebih cepat dan mudah.

Mula dibina pada Oktober 2008, projek bernilai RM598 juta yang dirasmikan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor minggu lalu bakal memberi manfaat kepada pengguna kerana perjalanan dari hujung ke hujung Latar mengambil masa 18 minit dengan had kelajuan 90 hingga 110 kilometer sejam.

Ketua Pegawai Operasi KL Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB), Amran Amir, berkata pengguna di Kuala Lumpur kini tidak perlu mengambil masa panjang untuk ke Kuala Selangor atau sebaliknya kerana masa perjalanan yang sebelum ini hampir dua jam disingkatkan dalam tempoh tidak sampai setengah jam bergantung keadaan trafik.

Katanya, terdapat empat persimpangan susur keluar iaitu persimpangan Ijok, Puncak Alam, Kuang dan Templer di selatan Rawang yang menghubungkan terus Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menuju utara.

Menurutnya, bukan saja menjimatkan masa pengguna, lebuh raya berkenaan juga memberi lebih banyak pilihan apabila menghubungkan pekan di Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang untuk ke ibu negara dan Petaling Jaya.

"Dibuka kepada umum 23 Jun lalu, ia melengkapi 75 peratus sasaran pembinaan Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) sebagai satu laluan alternatif di Lembah Klang selain Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang kini mencapai kapasiti maksimumnya dan terlalu padat dengan kenderaan.

"Kami menyasarkan untuk tahun pertama, 60,000 kenderaan akan melaluinya sehari dan dan ia dijangka meningkat dengan purata peningkatan trafik sebanyak lima peratus setahun bagi tempoh 10 tahun akan datang," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Amran berkata, Latar turut berhubung dengan lebuh raya utama lain iaitu Lebuhraya Guthrie, Plus serta Lebuhraya Pantai Barat yang menghubungkan Banting di Selangor dan Taiping, Perak, apabila selesai kelak.

Dibina bercirikan lebuh raya moden, ia dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 17 kamera litar tertutup (CCTV) yang memantau seluruh kawasan, enam sistem pengesan kemalangan, 30 lokasi telefon kecemasan (disediakan di setiap dua kilometer), sistem papan tanda mesej bervisual (VMS) dan dua kawasan rehat dan rawat (R&R) iaitu Kundang Timur dan Kundang Barat. "Ia juga dilengkapi pengurusan sistem pengangkutan pintar (ITS) yang mengawasi segala pergerakan di lebuh raya kerana kita sedar keselamatan adalah aspek paling kritikal dalam penggunaan lebuh raya. "Kami turut bersedia dengan Latar Expert iaitu pasukan tindakan pengawasan 24 jam yang diselia menerusi pusat komunikasi di kompleks operasi di Bestari Jaya sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan di sepanjang jajaran laluan.

"Kami beroperasi berdasarkan sistem tol terbuka iaitu pengguna membayar di plaza tanpa perlu mengambil tiket. Pihak pengurusan Latar mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang ingin mencuba pengalaman memandu di lebuh raya baru ini.

"Had laju maksimum ditetapkan ialah 110 kilometer sejam pada jarak 27 kilometer," katanya.

Sementara itu, tinjauan Metroplus di lebuh raya berkenaan mendapati keadaan masih lengang dan tidak banyak kenderaan melaluinya dengan sesekali kelihatan kereta dan lori di kedua-dua arah menuju destinasi masing-masing.

Selain itu, kerja pembersihan dan penyelenggaraan di beberapa kawasan seperti kawasan R&R di kedua-dua arah giat dijalankan kontraktor bagi memberi keselesaan kepada pengguna selepas ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved