Jumaat, 22 Julai 2011

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


MB : Kerajaan Selangor Sedia Kerjasama Dengan Pusat Bangunkan <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 01:09 AM PDT

Wednesday, 13 July 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 13 Julai - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasamadengan Kerajaan Persekutuan dalam merancang pembangunan di kawasan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya sebagai hab baru pembangunan Lembah Klang.

Beliau berkata projek pembangunan di RRI ini melibatkan kawasan yang luasiaitu 1,335 hektar dan melibatkan dua kawasan tadbir pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Abdul Khalid berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Datuk Muhammad Bushro Mat Johor (BN-Paya Jaras) mengenai apakah kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan hab berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

"Saya telah mendengar taklimat awal mengenai projek itu daripada KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) yang merupakan pelabur utama di dalam rancangan itu," kata Abdul Khalid.

Buat masa ini beliau berkata hanya projek sistem transit aliran massa (MRT) oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd yang melibatkan kawasan seluas 65,437 hektar telah diluluskan oleh kerajaan negeri bagi kawasan hab di Sungai Buloh itu.

"Rancangan pembangunan lain belum diperincikan lagi," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau merupakan Ahli Jawatankuasa dalam pembangunan Greater Kuala Lumpur atau Lembah Klang itu.

Beliau berkata seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga akan ditempatkan di dalam jawatankuasa perancangan projek itu supaya projek ini dapat berjalan dengan cepat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads