Ahad, 7 Ogos 2011

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


UMNO dakwa Pakatan Rakyat akan kalah besar <b>di</b> Selangor

Posted: 05 Aug 2011 08:01 PM PDT

Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Kononnya ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.. Hakikatnya mereka mula menghidu kemenangan besar buat mereka setelah menggadai kedaulatan negara melalui ribuan PATI yang di berikan IC supaya boleh mengundi dan 17,000 Daftar pemilih yang bertindih.


KUANG, 6 Ogos — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun.

Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang.

Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008.

"Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor," kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu, sebelum kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama tiga hari lalu.

Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.

"Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.

"Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia)," kata beliau dengan senyuman.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat.

Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai "kawasan hitam", yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi.

Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan.

Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi "kawasan hitam" tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi.

Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok.

Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno.

The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu.

Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu.

Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC.

Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Berhubung pengundi Melayu, kata Abdul Shukor, pemimpin-pemimpin Umno bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.

"Kami pergi dari rumah ke rumah, kami memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, yang miskin. Kami membetulkan atap rumah dan longkang... malah betulkan tandas," katanya lagi.

Sebagai contoh, kata Abdul Shukor, beliau memutuskan untuk melawat 20 rumah di setiap hari Jumaat sejak dilantik ke jawatan itu.

The Malaysian Insider

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembakaran Terbuka <b>Di</b> Kawasan Johan Setia | Elizabeth Wong for <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 01:12 AM PDT

Kenyataan Media
22 Jun 2011

Pembakaran Terbuka Di Kawasan Johan Setia

Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan untuk melawan aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di sekitar kawasan Johan Setia, Klang.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor menjurus kepada tiga lokasi menjadi punca utama kepada pencemaran udara. Tindakan telah diambil ke atas pihak terlibat. Mereka adalah:

• Pembakaran terbuka dari aktiviti pertanian di atas tanah milik MARDI yang disewakan kepada syarikat Pilus Trading Sdn Bhd. Satu kertas pertuduhan sedang disediakan.

• Pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pekerja di tapak pembinaan perumahan-perumahan fasa 4A, Bandar Puteri Klang yang dimiliki oleh IOI Resort. Satu kertas pertuduhan sedang disediakan.

• Kawasan pertanian tanah gambut "Revolusi Hijau" di Johan Setia. Tujuh kertas pertuduhan sedang disediakan.


View Larger Map

Kerajaan Negeri memandang berat masalah pembakaran terbuka ini yang menjejaskan kualiti kehidupan ramai penduduk di Selangor dan kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat.

Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengenakan hukuman tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun ataupun kedua-duanya. Operasi membanteras aktiviti pembakaran terbuka juga akan dijalankan untuk menangkap mereka yang masih enggan mematuhi undang-undang.

Jabatan Penguatkuasa MP Klang

YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai media Brian Yap
(pegawaikhas@gmail.com, 016-311 0120)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads