Ahad, 7 Ogos 2011

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


mi1: PAS S'gor: Tindakan Jais tidak wajar

Posted: 05 Aug 2011 07:34 PM PDT

PAS Selangor juga akan bertemu Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan Jais.

SHAH ALAM: PAS Selangor akan bertemu Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor III, Khalid Samad berkata tindakan seumpama itu adalah tidak wajar dan beliau berharap ada kebijaksanaan untuk menyelesaikan isu tersebut.

PAS Selangor katanya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa rumah-rumah ibadat dari pelbagai agama adalah perlu dihormati.

"Masuk tanpa apa-apa kebenaran atau waran satu tindakan yang perlu dielakkan lebih-lebih lagi rumah ibadat. Isu ini sensitif dan mungkin berlaku salah faham antara kaum dan agama.

"Bukan perkara wajar buat kesimpulan ada usaha untuk murtad dan sebarkan agama Kristian. Maka Jais perlu beri penjelasan dan serah laporan kenapa,bagaimana perkara itu berlaku.

"PAS Selangor tunggu laporan Jais dan akan bermesyuarat dengan Hasan Ali untuk penjelasan lanjut mengenai hal ini," katanya dalam sidang media di do pejabat beliau di sini hari ini.

Semalam Hasan mempertahankan tindakan Jais dan berkata maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "Quran" dan "pray" diselitkan pada ucapan di majlis itu.

Namun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menghubungi Paderi Kanan DUMC,Pastor Daniel Ho kesal dengan insiden seumpama itu.

Kebebasan beragama

Menurut Khalid beliau yakin pihak gereja tidak terlibat kerana yang hadir faham mengenai peruntukan dalam perlembagaan mengenai artikel 11 iaitu – kebebasan beragama.

""Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican.

"Tuduhan murtad itu adalah serius,jika benar ia beri implikasi berat. Tuduhan yang tidak benar tidak perlu agar hubungan semua kaum dijaga," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ketika ditanya jika isu tersebut memberi risiko kehilangan undi bukan Islam ke atas Pakatan Rakyat kelak, Khalid berkata PAS tidak terlibat dengan sebarang dengan enakmen Jais tersebut.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman pula berkata dari pengalaman lalu Jais bersikap tidak beretika apabila turut memeriksa surau,kuil dan masjid.

Khairuddin turut menyifatkan tindakan itu sebagai kurang sopan.

"Dari pengalaman lalu Jais tidak beretika kerana turut pernah memasuki masjid,kuil,surau dengan kurang sopan. Saya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads