Isnin, 29 Ogos 2011

12 di kapar - Google Blog Search

12 di kapar - Google Blog Search


PM Sampai Sumbangan RM75,500 Kepada 128 Masjid Dan Surau <b>Di</b>

Posted: 17 Aug 2011 07:13 PM PDT

- Aug 18, 2011 10:13:18.

PELABUHAN KLANG, 17 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kerajaan persekutuan berjumlah RM75,500 kepada 128 buah masjid dan surau di kawasan Parlimen Kapar.

Sumbangan itu disampaikan selepas Perdana Menteri menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama-sama 2,500 jemaah di Masjid As-Sa'adah, Bandar Baru Sultan Sulaiman di sini.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada 23 buah masjid dan 105 buah surau di kawasan parlimen berkenaan dengan setiap masjid menerima RM1,000 manakala surau mendapat RM500.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor turut menyampaikan sumbangan khas kepada Persatuan Warga Emas Bandar Baru Sultan Sulaiman sebanyak RM15,000 dan Surau Fasa 4, Bandar Baru Sultan Sulaiman sebanyak RM10,000.

Beliau juga menyampaikan sumbangan khas sebanyak RM5,000 masing-masing kepada Surau Flat Cemara, Surau Fasa 2, dan Surau Kastam, ketiga-tiganya di Bandar Baru Sultan Sulaiman.

Selain itu, Perdana Menteri menyerah sumbangan RM7,000 kepada empat mangsa kebakaran di kawasan itu.

Terdahulu, Najib meluangkan masa berbuka puasa di Padang Awam Pangsapuri Sri Perantau bersama-sama kira-kira 10,000 penduduk sekitar kawasan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads