ads

Rabu, 31 Ogos 2011

12 di shah alam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


SELANGOR MAHU UJI KELANTAN <b>DI SHAH ALAM</b>

Posted: 16 Aug 2011 09:24 PM PDT


DUA pasukan gergasi, Selangor dan Kelantan bakal bertembung pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia bermula 6 September depan.
Bagi Selangor, ia merupakan aksi persahabatan keempat mereka selepas menewaskan skuad kebang- saan (1-0) dan ATM (1-0) selain seri 0-0 dengan Felda United, Sabtu lalu.
Kelantan pula yang kini dalam siri aksi persahaba- tan di Lembah Klang telah bermula garang dengan membelasah Kuala Lumpur 5-0 pada aksi di Stadium Selayang, Ahad lalu.
Jurulatih Selangor, K. Devan memandang positif perlawanan persahabatan menentang Kelantan malam ini meskipun pasukannya belum mampu mene- waskan lawan itu sepanjang musim ini.
"Bagi saya, perlawanan menentang Kelantan ini cukup penting bagi menguji kekuatan dan kelemahan kita sele- pas mengharungi tiga aksi persahabatan setakat ini.
"Ia bakal memberi ujian sebenar buat kita bagi me- nilai keupayaan pasukan menjelang tiga minggu se- belum saingan sebenar bermula," kata Devan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sementara itu, Bendahari Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk S. Sivasundaram memberi- tahu bahawa tiket-tiket bagi perlawanan malam ini akan mula dijual pada pukul 1 tengah hari di kaunter tiket pintu utama stadium.
"Tiket dewasa RM5 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun masuk percuma. Kaunter di Pintu C (ber- dekatan Pasar Raya Giant) pula hanya akan dibuka sebelum perlawanan bermula.
"Sepak mula perlawanan pukul 10 malam dan kami harap agar para penyokong kedua-dua pasukan hadir beramai-ramai kerana Selangor dan Kelantan hanya boleh bertembung seawal aksi separuh akhir Piala Malaysia musim ini," kata Sivasundaram.
Bagi saingan Kumpulan D, Selangor akan bertemu T-Team di Kuala Terengganu pada 6 September, PDRM di Shah Alam (10 September), Kuala Lumpur di Selayang (13 September), T-Team di Shah Alam (17 September), PDRM di Paroi (24 September) dan Kuala Lumpur di Shah Alam (27 September).
Sumber : Kosmo, 17 Ogos 2011
NotaKaki : Aku heran dowh , apa pasal plak game ni kena bayar, sedangkan game team lain elok ja masuk free.Hey FAM, agak la wey nak untung pun, takkan bangsa kau sendiri pun kau nak pau.Macam sial.Agak jugakla kan kalau kau nak pau duit kami , kami memang tahu kami penyokong terbaik antara yang terbaik.Mentang-mentang sokongan kami sokongan berzaman , kau ambik peluang atas semangat kesukanan kami.Stadium akan penuh , tapi kenapa kau tidak berlaku adil.Macam haram makan duit orang.Tapi bagi aku apadahal sangat dengan duit berbanding semangat dan sokongan kami.Kau cari mana negeri wey stadium selalu full.KAMI SAHAJA, KELANTAN.Gomo Kelate Gomo.

Terima Kasih Kerana Membaca.Pat-Pat Siku Lipat, Sudah Baca Harap Komen :D

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved