Rabu, 31 Ogos 2011

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Journey of Life!: Bukit Tabuh, <b>Ulu Kelang</b> a.k.a Klang Gate Quartz <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2011 08:45 AM PDT

Jika kamu berjalan menghala ke Hulu Kelang, kamu pasti akan nampak bukit ini dari jauh. Dari MRR2 memang agak jelas.
Nampak dari jauh memang  melazatkan. Iya, agak menggeramkan bagi seorang pendaki. Pada aku, bukit ini bukan sebarang bukit. Di antara bukit yang agak sukar untuk aku daki.
Agak bahaya jika tidak berhati-hati.
Batu-batu yang tajam membuatkan tanganku bercalar-calar.
Tetapi, panorama yang dapat kamu lihat dari atas bukit itu memang sangat cantik. Berbaloi-baloi bagi setiap peluh yang telah dikeluarkan.
Dalam pendakian menuju ke puncak bukit, kamu akan nampak pemandangan sebegini...
Kawasan perumahan Taman Melawati juga akan kelihatan semakin tinggi anda daki.
Di antara spot2 yang menggayatkan. Kaki aku ada sedikit menggigil masa lalu kawasan ini. Kiri kanan adalah 80% steep drop. Tapi alhamdulillah, aku dapat atasi rasa gayat itu dan meneruskan pendakian.
Batu-batu yang harus dipanjat memang tajam. Tak percaya, tengok sendiri. Bukit ini sebenarnya bertahtakan batu Quartz. Pasal itu nama bukit ini Quartz Ridge. Ramai orang ingat, batu yang orang nampak dari jauh ni adalah limestone/batu kapur. Tapi sebenarnya tidak. Limestone yang nampak di KL ini hanya terdapat di Batu Cave. Limestone yang lain semua berada bawah tanah.
Bila sampai di puncak bukit, vegetation yang ada juga berlainan. Rumput yang ada di atas sana macam carpet. memang agak berbeza keadaannya dari bukit/gunung lain. Itu yang membuatkan bukit ini special. 
Aku ambil masa dalam 4 jam untuk sampai ke puncak bukit. Iya agak panjang sebenarnya masa yang aku ambil untuk sampai. Banyak kali aku berehat sebab laluannya agak memenatkan. Mental dan fizikal.
Kalo korang berminat untuk daki bukit ini, aku suggest korang naik awal pagi dalam pukul 7.30am. Sebab KL nie, asal petang jea hujan kan. Lagipun, sangat bahaya kalau naik masa hujan. Sangat slippery, kalau jatuh memang..hmm fatal.
Oh yea, entrance untuk start pendakian adalah di Taman Melawati. Cari Puncak Niaga punya substation. Ada banyak kereta parking di situ dan laluan masuk memang agak tersorok. Cuba tanya local people, kalo tak jumpa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads