ads

Rabu, 31 Ogos 2011

di negeri selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


20000 Hadir <b>Di</b> Rumah Terbuka Kerajaan <b>Negeri Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 05:00 AM PDT

Wednesday, 31 August 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 31 OGOS : Lebih 20 ribu hadirin membanjiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Dataran Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Rata-rata rakyat yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat hadir dengan gembira serta tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama dengan Pemimpin Negeri Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis turut dihadiri dengan kehadiran pelbagai pimpinan kanan Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR yang juga penasihat ekonomi Negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memeriahkan majlis dan bertemu rakyat.

Antara pemimpin lain yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Exco-exco negeri Selangor serta tidak ketinggalan Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Keluarga yang hadir turut mendapat sumbangan duit raya dan bantuan dari Kerajaan Negeri.

Dalam sidang media majlis tersebut Abduk Khalid menyatakan program itu ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sebagai sumbangan sosial selepas mencatatkan keuntungan yang menggalakkan tahun ini.

"Mereka diberi tanggungjawab kerana mereka dapat keuntungan tahun lepas dan digunakan sedikit untuk program ini…kita buat program ini hanya jika ada untungan. hasil keuntungan inilah yang boleh kita agihkan," kata Abdul Khalid

Abdul Khalid turut menyatakan Bangunan SAAS dipilih kerana kawasan luas memudahkan hadirin dan tidak perlu bersesak seperti sebelumnya.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor yang begitu ramai datang atas jemputan kita..Perayaan ini lebih meriah kerana tempat kita ini boleh muat 25 hingga 30 ribu orang, jadi ia lebih mudah dikelolakan," ulas beliau

Abdul Khalid turut berkesempatan melahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat meraikan kemerdekaan hari ini kepada rakyat negeri Selangor.

"Bagi pihak kerajaan Negeri sekali lagi saya ucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin dan sekali lagi ingatkan kepada rakyat Malaysia kita turut menyambut kemerdekaan ke 54 dan kemerdekaan ini sangat penting kerana ia bagi kita harapan masa depan bahawa rakyat selangor dan Malaysia mempunyai jati diri untuk bangunkan negeri dan negara kita," kata beliau.

1 ulasan:

pankaj katariya on 11 Mei 2018 12:51 PG berkata...

If you are searching for Mobiles customer care number, then don’t worry. Here we will provide you every details of all network operators. From Aircel, Vodafone, Idea to BSNL Customer Care Number, you will get it here. Get Toll-Free Numbers of every mobile network operator.


mtnl customer care number

airtel customer care number

bsnl customer care number

Reliance Jio Customer Care Number

airtel dth customer care number

snapdeal customer care number

flipkart customer care number

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved