Rabu, 8 Februari 2012

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Kebun pisang <b>di Sijangkang</b> dijangkiti virus

Posted: 06 Feb 2012 03:06 PM PST

KUALA LANGAT 6 Feb. – Seorang petani berasa bimbang kemungkinan akan mengalami kerugian besar apabila tanaman pisang seluas satu hektar di Sijangkang dipercayai dijangkiti virus Moko Disease hingga menyebabkan sebahagian tanamannya itu mati dan sebahagian lagi layu.

Subhi Muhammad, 60, berkata, dia mula mengesan jangkitan penyakit terhadap pokok-pokok pisang yang ditanam sejak dua bulan lalu apabila melihat tanamannya itu semakin layu dan kering.

Katanya, pelbagai cara telah dilakukan termasuk meletakkan baja tetapi gagal memulihkan keadaan.

"Hampir semua pokok pisang yang saya tanam mula layu dan ada yang sudah mati dan tumbang, sekiranya ia terus berlaku saya bakal mengalami kerugian yang teruk.

"Virus itu sudah mula merebak dan kini ia merupakan ancaman kepada semua penanam pisang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, antara tanda jangkitan penyakit tersebut ialah daun pokok pisang mula mengering dan buah yang dikeluarkan juga tidak akan sempurna.

"Empulur pokok pisang juga semakin lemah menyebabkan ia mudah tumbang dan tidak boleh berbuah. Saya harap pihak tertentu segera mengkaji masalah ini dan mencari jalan penyelesaiannya.

"Dengan itu kami dapat memastikan virus tersebut tidak merebak kepada tanaman petani lain," katanya.

Subhi berkata, sekiranya keadaan tersebut berlarutan, dia bakal kerugian dengan penurunan pendapatan sebanyak 50 peratus sedangkan modal yang dikeluarkan bagi tanaman tersebut mencecah RM15,000.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads