ads

Isnin, 12 Mac 2012

12 di batu caves - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Ulasan Isu Kehadiran Najib <b>Di Batu Caves</b> | Kumpulan Menyokong <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 10:24 PM PST

February 15, 2012   ·   21 Comments

Isu kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib di majlis sambutan Thaipusam, Batu Caves pada 7 Februari lepas seakan menjadi buah tanggung untuk pembangkang khususnya Pas dan PKR  bilamana Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria membuat teguran 'keras' berkaitan perkara tersebut.

"Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

"Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,"

"Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir… itu upacara ibadat mereka.

"Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan" – Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.

Hakikatnya kehadiran PM ke majlis tersebut hanyalah sekadar memenuhi jemputan bukannya untuk turut sama melakukan upacara ritual keagamaan seperti 'berdoa' di dalam kuil.

Pun begitu, tidak dapat tidak teguran Datuk Harussani itu walaupun bunyinya agak keras namun kelihatan ada meritnya sementelah lagi ia dibuat atas kapasiti & tanggungjawab beliau sebagai orang agama walau sebenarnya masih boleh diperhalusi adakah benar kehadiran PM di majlis tersebut membawa kepada jatuhnya hukum syirik.

Syirik secara bahasa membawa maksud "menyekutukan Allah s.w.t / beriktikad secara perkataan, pegangan ataupun perbuatan dengan menyamatarafkan makhluk lain seakan sekutu bagi Allah s.w.t, misalnya menyembah berhala, patung atau objek lain".

Jenis syirik pula terbahagi kepada dua yakni;-

i) Syirik Jali -   syirik besar, nyata & perlakuan syirik secara terang-terangan misalnya menyembah berhala atau menyamakan makhluk lain yg bernyawa atau objek tidak bernyawa sebagai setaraf dengan Allah s.w.t.

ii) Syirik Khafi - syirik kecil, tersembunyi yang menyebabkan hilang  pahala seseorang umpamanya perbuatan riak, ujud, takbur atau menunjuk-nunjuk amal ibadat.

Jika kita ambil kira makna syirik dan jenis syirik tersebut, jelas sekali ia tidak menepati dengan apa yang berlaku dalam isu PM di majlis tersebut apatah lagi kalau nak di ambil kira faktor berkaitan nawaitu beliau memenuhi jemputan tersebut atas kapasiti sebagai pemimpin negara berbilang kaum & agama.

Tidak sama sekali wujud perlakuan menyembah berhala atau dewa, tidak juga wujud perbuatan mengiktiraf dewa Hindu atau tuhan lain sebagai sama taraf dengan Allah s.w.t malah jauh sekali daripada wujudnya penyataan secara iktikad yang mengangkat makhluk atau perkara lain sebagai sekutu bagi Allah s.w.t.

Cuma yang pasti kehadiran Datuk Seri Najib ke majlis tersebut barangkali telah  menimbulkan salah sangka walau ramai yang mengetahui hakikat kehadiran Dato' Seri Najib adalah sebagai menghormati undangan & jemputan rakyat.

Pun begitu sedikit salah sangka yang bila disambung-sambung cerita tanpa berpandukan realiti, penghujungnya kerap menjemput kepada datangnya fitnah.

Lebih molek sebenarnya di masa akan datang, para ulama & ilmuan Islam menggunakan pendekatan lebih berhikmah & berdiplomasi ketika mengutarakan teguran umpama 'menarik rambut dalam tepung, rambut dapat di buang dan tepung tidak berselerak'.

Para pemimpin politik Islam dalam kerajaan tidak bermasalah untuk menerima teguran apatah lagi jika dilakukan dengan penuh hikmah berbanding kaedah sekarang yang agak terbuka yang kemudian mengundang prasangka dari khalayak selain menjemput polemik politik oleh pihak berkepentingan.

Di pihak kepimpinan kerajaan pula di masa sama barangkali wajar mengambil langkah sedikit cermat ataupun lebih berhati-hati demi mengelakkan timbulnya kekeliruan dikalangan khalayak dalam sesuatu perkara.

Bukan apa, adakala niat yang baik bila sedikit tersilap langkah acapkali mengundang kecaman kalau tidakpun memberi ruang untuk fitnah bermaharajalela.

Dalam pada itu, tatkala isu kehadiran PM di majlis perayaan Thaipusam ini sedang dimanipulasi oleh juak-juak Pas dan PKR untuk kepentingan politik, pernahkah mereka melihat beberapa gambar di bawah yang turut melibatkan pucuk pimpinan mereka sendiri?

Berikut pula ialah gambar perbandingan yang dipetik dari Blog Tok Mudim & forum MyKMU. Setiap satu ada pro & kontranya, terpulang kepada pembaca untuk tafsirkan sendiri.

Ada kalanya terdetik di benak penulis, mungkinkah dalam hal melibatkan Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Nizar & Azmin Ali seperti gambar di atas ini, tidak sampai pada pengetahuan Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria kerana setakat yang penulis maklum rasanya belum ada terbaca sebarang teguran atau komen dari beliau.

By


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved