Isnin, 12 Mac 2012

12 di jenjarom - Google Blog Search

12 di jenjarom - Google Blog Search


Kampung <b>Jenjarom</b> Ada Rumah Kaca?

Posted: 16 Jan 2012 03:13 AM PST

BENTONG – Penduduk kampung di Jenjarom terharu apabila ketua kampung mereka, Tan Cheng Hin sudi melaburkan sejumlah wang dan hartanya untuk merealisasikan impian membina sebuah rumah kaca seperti dalam cerita dogeng di kampung itu.

Untuk struktur pembinaan rumah-rumah yang biasa, bata dan simen menjadi bahan utama yang digunakan oleh pembina rumah, tetapi bagi Cheng Hin, dia 'berani' untuk menggunakan kaca sebagai bahan utama.

Sewaktu memikirkan ilham untuk merealisasikan rumah 'dongeng' tersebut, Cheng Hin sudah pun mempunyai idea dan konsep yang tersendiri .

Menurut laporan yang dipetik dari The Star, Cheng Hin telah membelanjakan hampir setengah juta untuk membaik pulih rumah itu yang terletak di lot akhir kawasan perumahan termasuklah membaiki pagar, siling rumah, dinding, bilik tidur dan kabinet dapur.

Apa yang lebih menarik, Cheng Hin juga turut membina gelanggang skuasy di tingkat atas yang diperbuat daripada kaca yang permukaanya lebih keras.

"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk tinggal di rumah seperti ini.

"Malah, saya telah menghadiri pelbagai pameran di China tentang cara untuk menggunakan kaca sebagai bahan binaan, "kata Cheng Hin.

Untuk menjamin keselamatan sewaktu tinggal di rumah 'dongeng' itu nanti, Cheng Hin mendakwa kaca yang digunakan telah disalut dengan cecair Nano terlebih dahulu supaya rumahnya tahan dengan haba yang tinggi termasuklah cuaca yang panas.

"Kaca adalah bahan yang menarik, dan sekeping kaca boleh dijadikan bahan binaan yang berwarna-warni dan berseni.

"Tetapi anda perlukan kreativiti untuk mencapai matlamat itu," katanya.

Cheng Hin yang mempunyai bisnes sendiri iaitu kilang yang mengeluarkan karya seni halus dari kaca berkata, dia telah melantik seorang pakar kaca dari China untuk memberikan sentuhan terakhir ke atas rumah 'dongengnya'.

"Saya fikir saya boleh melakukan kerja pembinaan ini sendiri tetapi proses itu menjadi semakin sukar," katanya.

Di dalam rumah itu, terdapat juga kira-kira 40 arca kaca dan lukisan, termasuk lukisan yang saiz luasnya 2.8m.

"Ini lukisan yang besar dan dikenali sebagai Sungai dan Gunung Gemilang dan kos pembuatannya hampir mencecah RM20, 000," Cheng Hin menambah.

Mengenai langkah-langkah keselamatan pula, rumah terbabit tidak mempunyai apa-apa gril atau pagar kecuali memasang gril di pintu masuk bahagian dapur.

Selain itu, dia juga turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penggera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads