ads

Selasa, 17 April 2012

12 di batang kali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Kehadiran lebih 7 ribu orang gegarkan program V.Mugilan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 05:14 AM PDT

OLEH : J.KUMAR

BATANG KALI April 15 — Kehadiran lebih daripada 7 ribu orang mengegarkan majlis Pesta Tahun Baru Tamil di Batang Kal hari ini sekaligus memberikan isyarat yang jelas MIC sudah bersedia untuk mempertahankan Parlimen Hulu Selangor pada pilihanraya umum yang ke 13 yang dijadualkan akan diadakan pada bila – bila masa.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor V.Mugilan yang juga Naib Ketua Pemuda MIC Kebangsaan turut dihadiri Setiausaha Agung MIC S.Murugessan yang mewakili Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan pemimpin – pemimpin parti komponen BN.

Parlimen Hulu Selangor merupakan antara 9 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada MIC. Pada PRU 2008, MIC gagal mempertanhankan Parlimen tersebut dengan majoriti undi yang tipis iaitu 280 undi. G. Palanivel menang empat penggal berturut – turut di Parlimen tersebut bermula dari 1990 hingga 2004.

Namun MIC berjaya merampas semula Parlimen tersebut pada pilihanraya kecil 2009 menerusi calonya P.Kamalanathan yang menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1725 undi.

Pelbagai spekulasi politik semakin menular di Parlimen tersebut menjelang PRU ke 13 khususnya mengenai bakal calon MIC – sama ada P. Kamalanthan akan terus dikekalkan ataupun V. Mugilan yang terlepas peluang untuk bertanding di pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 2009 akan mendapat peluang tersebut pada PRU ke 13?

Kepimpinan tertinggi BN dikatakan amat berpuas hati dengan prestasi P.Kamalanathan setakat ini.Manakala V. Mugilan pula dilihat mendapat sokongan yang kuat daripada pelbagai lapisan masyarakat di Parlimen Hulu Selangor termasuk daripada badan – badan bukan kerajaan. Malah segala program yang dianjurkan oleh Mugilan dikatakan mendapat sokongan yang amat baik.

Percaturan politik di Hulu Selangor kini kembali menjadi tumpuan antara P.Kamalanathan dan V. Mugilan selepas pilihanraya kecil 2009 ; Ataupun mungkin ada calon neutral ?

"Kepimpinan tertinggi BN dan MIC perlu melihat semua aspek termasuk mendengar, melihat dan menyelami perasaan pengundi di sini sebelum membuat sebarang keputusan mutlak mengenai pemilihan calon di Hulu Selangor . Jangan terburu – buru dan emosional sehingga boleh menjejaskan ataupun boleh mengurangkan undi BN. Dengar suara pilihan rakyat ", kata seorang pemimpin cawangan MIC dari Bahagian Hulu Selangor kepada The Malaysian Times

Sementara The Malaysian Times juga difahamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan seorang calon yang berpengaruh dari Selangor di Hulu Selangor. Antara nama yang menjadi sebutan ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar V. Manickavasagam.

Related posts:

  1. MIC :Lobi – melobi untuk menjadi calon semakin laju ; Palanivel menjadi tumpuan menjelang PRU ke 13
  2. Negeri mana menjadi pilihan Palanivel pada PRU ke 13?
  3. Usaha rampas semula Selangor pada PRU – 13, Najib gempur 5 parlimen esok !
  4. Parlimen Batu Pahat mencuri tumpuan antara MCA , UMNO dan Pas sempena lawatan PM ; Presiden MCA hampir pasti bertanding disana ?
  5. BN sudah bersedia rampas Selangor ; siapa calon MB BN ?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved