ads

Selasa, 17 April 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


KISAH MAMA MALIKHA: Perjumpaan Mak - Mak <b>Di</b> Aeon <b>Bukit Raja</b>

Posted: 17 Apr 2012 10:58 PM PDT

Ni cerita minggu lepas ni, masa cuti umum perlantikan Agung baru. Lepas Asar weols ke JJ Bukit Raja. Sesaja nak menghabiskan masa di sana. Short plan berjumpa dengan kawan sekolah lama kita, Mastura dan Mama Eja yang tahu kita nak ke JJ Bukit Raja, dia pun sebukkk nak datang jugak hihi. Rindu kat Malikha snagat katanya. Yelah... Kita satu family pun tak bersua muka lagi dengan newborn, Baby Fiyya kan.... Mama Titi ( mama ztee jadi mama titi dek Kyra :) ) pun rindu dengan Kyra jugak..
Masa bersiap siap nak keluar.., taktahu pulak masa tu ada berlaku gempa bumi kat Acheh dan somewhere kat Malaysia pun turut merasa gegaran. Kita tak rasa bergegar pun, dah kita memang bergegar sokmo melayan kerenah Malikha hehehe. Dah tengah hu ha hu ha dalam JJ tu, Umi called tanya ada kat mana. Katanya ada gempa bumi kat Acheh. Umi risau sokmo tentang keselamatan anak - anak, menantu dan cucu dia tak kira masa. Ibu kan... :)
Weols cuma lepak betul - betul depan MPH tu. Malas nak bergerak ke lain. Jumpa Tuya dulu, sambil Malikha dan anak bujang Tuya masuk keluar masuk keluar MPH buat macam kedai buku tok nenek depa hihihi.... Senang mak - mak nak bergosip. Papa dan daddy lah yang melayan mereka. Anak bujang, si Qayyum kemain lagi malu wehhhh sampai tahap nak masuk dalam kain mak dia, jumpa Malikha padahal hari - hari duk belek Malikha kat FB hihihi.. Macam - macam lah budak - budak ni.. Pastu, haaaa bila dah panas enjin amekaw, takde malu - malu dah heh ! :D
Jomlah kita tengok gambar mereka semua. Gelagat si anak dan mak - mak :)



Pastu tak lama tu, baru Mama Eja dan family tiba. Malikha dari jauh berlarian ke Mama Eja.. '' Mama Eja.... lama tak jumpa....'' Sambil kuak tangan luas - luas hehehe..

Malikha masa kat FB panggil Baby Fiyya nak tahu apa ??? Dipanggilnya Baby Soya hahaha. Sian tau... Tapi lepas tu, ok dah.. Bila Mama usik, baby soyaa dia lak betulkan kita... '' Baby Fiyya lah Mama..... ''


Kemain susah nak amek gambar minah dua orang ni... Tengoklah gelagat mereka :P
Bila masuk si bujang sorang pulak, adeh...makin banyak drama swasta lak !

Dan tetiba lak dua ibu ni berkawan baik :)



Itu saja alkisahnya, yang dicoretkan buat kenangan disini... Kbai !
:)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved