ads

Selasa, 17 April 2012

12 di sabak bernam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


himbauan desa: HELAH kaki judi <b>di</b> pekan <b>Sabak Bernam</b>

Posted: 26 Mar 2012 07:32 AM PDT


BERJUDI merupakan satu kesalahan jenayah yang tercatat dalam al-Quran.  Kerajaan negeri Selangor telah menjadikan satu undang-undang bertulis apabila dijadikan Enakmen Jenayah Syariah 1995.
BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

(1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 

(2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi. 

(3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.
Saya hendak mendedahkan taktik kaki judi muslim di pekan Sabak (Sabak Bernam) yang berhelah semasa membeli nombor ramalan.  Jika anda berdiri di pintu Maybank berdekatan stesyen minyak Mobil akan kelihatan sebuah kedai kopi bangunan kayu dan sebuah kedai nombor ramalan berwarna kuning.  Antara dua premis perniagaan itu ialah sebuah bengkel membaiki motorsikal.
Kaki judi muslim tahu dirinya boleh 'dipegang' oleh penguatkuasa syariah jika berada di dalam kawasan kedai nombor itu sama ada sedang membeli nombor atau sekadar melihat-lihat apa yang ada.  Oleh itu kebanyakan kaki judi muslim akan berkumpul di kedai kopi milik seorang Tionghua.  Kemudian, ada seorang Tiongua (lelaki atau perempuan) sebagai 'runner' yang mengambil wang daripada pelanggan yang 'ngopi' di kedai itu untuk membelikan nombor-nombor judi di kedai judi bersebelahan bengkel motorsikal.
Agaknya mereka berhujah, "Kami tidak membeli nombor ekor, orang Tionghua itu yang memberlinya."
Saya teringat cerita dalam al-Quran mengenai helah kaum Yahudi yang dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu.  Allah menguji mereka dengan menjadikan banyak ikan di laut (tepi pantai) pada hari Sabtu. Oleh itu mereka berhelah dengan membuat terusan yang menyebabkan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu akan terperangkap dalam terusan yang dibina.  Benar, mereka tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi itulah helah mereka memerangkap ikan pada hari Sabtu yang dilarang oleh Allah itu.  Akhirnya Allah menghukum mereka menjadi 'kera'.
Begitulah, kedai judi nombor yang katanya untuk memenuhi permintaan kaum bukan Islam telah menjadi masalah kepada masyarakat Islam pula. Orang bukan Islam tahu muslim tidak boleh berjudi, tetapi atas permintaan muslim itu orang bukan Islam membantunya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved