ads

Sabtu, 13 Oktober 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


CENDOL BAKAR DRIVE THRU <b>KUALA SELANGOR</b>... Memang <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 02:49 PM PDT

"Cendol bakar?! Camne agaknya rasa cendol yang dibakar ni?! Ishkkkk musykil aku dibuatnya. Tak penah aku dengar, tak penah aku lihat, apatah lagi pekena resepi cendol yang dibakar!"
Itulah yang bermain di kepala setiap kali melalui gerai Cendol Bakar ni yang terletak di Bukit Rotan, Kuala Selangor. Gerai ni terletak betul-betul di tepi jalan utama. Bagi mereka yang mengadakan perjalanan KL-Kuala Selangor atau sebaliknya, pasti anda tidak akan terlepas pandang pada banner seperti dalam gambar di atas.

Siapa yang tak excited bila melihatkan situasi seperti gambar di atas?! Dengan bunting-bunting yang meng'highlight'kan perkataan "PERCUMA", selain font pada perkataan "BAKAR" seperti dibakar (membuatkan anda akan tertanya-tanya, bagaimana agaknya cendol yang dibakar), serta gerai yang dipenuhi oleh pelanggan, pastinya seperti ada kuasa yang menarik anda untuk singgah merasakan keunikan "cendol yang dibakar" ini....
Situasi perbualan berikut berlaku semasa kali pertama  saya singgah untuk makan cendol bakar di gerai ni:

Saya   : Tang mana yang dorang bakar cendol ni bang?! Macam mana agaknya cendol ni dibakar ye?!

Abang : Tanyalah tuan punya kedai... (Sengih sampai ke telinga....)

Saya     : Ishhhkkkk... Kot kot la abg tau...

Abang : Nama tuan kedai ni, En. Bakar la! (Pastu gelak guling-guling, puas hati tengok saya dah terkena!) 

Saya     : (Caittttttt... Tipah tertipu rupanya!!!!)


Awal-awal lagi saya dah tertipu dengan Cendol Bakar ni! Caittttt!!! Rupanya bukan saya sorang je yang terkena, beberapa sahabat yang pernah singgah makan cendol bakar ni pun mengalami situasi yang sama. Hahahahahha... Padan muka aku! Dan juga mereka yang pernah "tertipu"...
Namun lain pula fakta di sebalik gerai Cendol Bakar ini yang dikupas dalam blog Ondscene, yang diperolehi melalui temubual ringkas bersama pemilik gerai Cendol Bakar itu sendiri. Menurut penulis blog itu, tercetusnya idea untuk menamakannya sebagai nama Cendol Bakar adalah kerana gula merah yang digunakan dalam resepi cendol tersebut dibakar semasa proses pencairan gula merah tersebut.
Bukan saja nama "Cendol Bakar" yang memberi kelainan, satu lagi keunikan yang pasti menggamit anda untuk singgah sambil bergambar-gambar (macam saya ni, hahahha...) untuk dikongsi dengan sahabat lain, adalah kemudahan DRIVE THRU di gerai cendol ni. Untuk rekod, gerai asal (foto #2) tidak mempunyai kemudahan pandu lalu ini.



Foto-foto seterusnya di bawah ini dirakamkan pada petang 1 September 2012 yang lepas. Hari Sabtu, cuti hujung minggu yang panjang (cuti Hari Kebangsaan), kenduri kendara berleluasa (open house, kenduri kahwin, etc.) yang mengundang ramai pengguna jalan raya melalui jalan tersebut, ditambah dengan  cuaca yang panas, perghhhhhhh, beginilah situasi yang boleh dilihat....


Rasanya pekerja-pekerja di gerai ni dah tak heran dah dengan pelanggan-pelanggan yang sibuk nak ambil gambar di gerai ni. Buktinya, Google sajalah kata kunci "Cendol Bakar" ni, berderet blog yang buat entri mengenai Cendol Bakar dengan gambar-gambar dari setiap sudut, setiap penjuru gerai ni! Memang terkenal la Cendol bakar ni. Tidak mustahil jika ada program makan-makan TV seperti Jalan-jalan Cari Makan TV3, atau Best in The World 8TV atau rancangan Makan Angin TV9 tu buat penggambaran di sini.
Selain refill percuma yang ditawarkan kepada pelanggan biasa, bagi pelanggan OKU dan fakir miskin, mereka boleh menikmati Cendol Bakar dengan percuma. Mereka hanya perlu menunjukkan kad JKM sebagai bukti kepada juruwang di sini. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa murahkan rezeki tuan punya gerai ni di atas kemurahan hati beliau untuk bersedekah kepada golongan tersebut.
Maka kepada mereka yang di luar sana, jika anda berkesempatan melalui jalan KL-Kuala Selangor ni, jangan lupa singgah untuk membasahkan tekak anda dengan Cendol Bakar ni.
Entri ini sekadar perkongsian pengalaman penulis dengan pembaca. Penulis tiada langsung kaitan atau share dalam perniagaan Cendol Bakar ini. Hehehe...

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved