Sabtu, 13 Oktober 2012

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


Gambar2 Kapal Perang USA <b>di Port Klang</b>. | Ameno World

Posted: 12 Oct 2012 08:37 PM PDT

Ini kapalnya. 







Ringkasan hidup USS George Washington

1. Kapal pengangkut kapal terbang perang yang mendarat di pelabuhan kelang tue dinamakan sebagai USS George Washington.

2. USS George Washington mempunyai 6102 orang anak kapal dan 90 buah pesawat perlabagai jenis di dalamnya

3. George Washington ialah kapal ke-enam dalam kelas Nimitz dan sudah beroperasi sejak 1992

4. Kapal sepanjang 332.8 meter dan 76.8 meter lebar ini menjadikan Pengkalan Laut Yokosuka , Jepun sebagai pengkalan utamanya.

5. Seperti kesemua kapal pengangkut kapal terbang kelas Nimitz, George Washington menggunakan bahan apa nuklear.

Aku boleh katakan bahawa aku tertarik nak pergi naik atas dek kapal perang tersebut. Korang pernah tengok tak citer Marvel's The Avengers?  

Perasan tak kapal perang dalam tue? Sebijik jek cam yang mendarat kat pelabuhan kelang neh aku tengok. Malaysia pun patut dapatkan kapal perang seperti neh. Langkah siap sedia beb. Rakyat indonesia yang emosi kan nak serang kita.

kah kah kah

Untuk rekod, kapal pengangkut kapal perang George Washington ini juga la yang telah membunuh pelbagai rakyat di pelbagai negara khususnya di Iraq dan Afghanistan. Di anggarkan melebihi 50,000 nyawa umat islam majoritinya terkorban ketika US mencerobohi Iraq dan Afghanistan.

Dan kapal itu kini berada di Malaysia. Tak dapat dinafikan ramai rakyat malaysia, muslim majoritinya akan emosi. Kapal itu telah mengangkut askar2 yang telah membunuh ramai nyawa yang tidak berdosa in order nak mencerobohi kedaulatan satu2 negara. Dan tak mustahil kapal itu akan mencerobohi negara kita pada masa akan datang.

Tapi still aku tertarik nak naik atas kapal tersebut. Aku nak berdiri dan meninjau sendiri kecanggihan peralatan perang amerika. Aku nak tahu apa hebatnya mereka neh sampai satu dunia kena takut dan tunduk kepada kekuasaan mereka.

Kerajaan kita menafikan bahawa kapal perang tue akan menjadikan malaysia sebagai markas dan port untuk tentera US berlabuh. Mereka hadir ke sini atas lawatan kerja 5 hari. Mereka dikatakan mahu melihat lebih dekat bagaimana tentera malaysia melakukan tugas disini dan belajar sesuatu darinya.


Mereka juga mahu meluaskan pengetahuan mereka tentang persekitaran maritim di malaysia. Inilah dikatakan prinsip orang mencari ilmu dan mahu maju. Kapal itu bukan pencetus kekuatan USA. Sikap USA sendiri yang mencetuskan kekuatan mereka. 


Mereka juga telah terlibat dalam 6 projek komuniti yang melibatkan masyarakat malaysia. Tak silap aku, 500 orang kenamaan malaysia termasuk pegawai tentera dah naik kapal tersebut dalam satu majlis tertutup. Mereka diberikan peluang khas untuk melawat kapal tersebut dalam satu majlis untuk meraikan pendaratan kapal George Washington di pelabuhan kelang.

Di samping itu 11 siri lawatan terbuka telah dianjurkan oleh krew kapal untuk ahli2 perniagaan malaysia dan pegawai tentera untuk mereka meninjau lebih dekat kapal perang tersebut. 

Jika mereka disini benar2 atas lawatan kerja aku tak nampak kenapa itu menjadi isu besar. Namun walaupun atas lawatan kerja kapal itu kapal yang telah terlibat dalam pembunuhan umat islam sudah tentu sedikit sebanyak ruang untuk sakit ahti wujud.

Susah sebenarnya. Susah nak memisahkan lawatan kerja dari perasan sakit ahti bila lawatan kerja itu bertanggungjawab menyakitkan ahti umat islam seluruh dunia. 

Gambar : sini


Info berkaitan : Bernama dan MKINI. 


IKLAN TEXT DISINI


PROMOSI : PEMBIAYAAN PERIBADI MBSB 4.3%, ALRAJHI 3.99%, KFH 3.99% DGN HIGH PAY OUT!


Smart Collection Perfume 18ml dari Dubai. Tahan sehingga 8 jam. FREE POSTAGE untuk 2 botol keatas.


Jana Pendapatan dengan Ebook dengan Promosi Ebook. Bagaimana tu? Klik sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

USS George Washington kini Berlabuh <b>di Port Klang</b>.

Posted: 07 Oct 2012 08:36 PM PDT

alt

 

PELABUHAN KLANG 8 Okt. - Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang Cruise Centre, di sini.

Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.

Fenton berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

Sementara itu, katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.

Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads