ads

Sabtu, 13 Oktober 2012

12 di padang jawa - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di padang jawa - Google Blog Search


Rodziah : RM3.95 Juta Selesai Masalah Trafik <b>Di Padang Jawa</b>

Posted: 12 Oct 2012 08:21 PM PDT

SHAH ALAM, 13 OKT : Kesesakan lalu lintas di Padang Jawa  sejak bertahun lamanya berjaya di atasi Kerajaan Negeri dengan pembinaan laluan baru.
Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM3.95 juta bagi cadangan pembinaan jalan raya menghubungkan Jalan Mat Raji, Kampung Padang Jawa ke Persiaran Jubli Perak Seksyen 17.
Beliau berkata, pihaknya bukan sahaja memandang isu itu dari segi kesesakan tetapi juga keselamatan penduduk di situ serta Kapung Padang Jawa yang selama ini menghadapi masalah keluar masuk dari kawasan tersebut.
"Usaha bagi pembinaan jalan tersebut melalui perbincangan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak lain di mana kita sudah mendapat satu kata putus mengenai pembinaannya.
"Dengan perancangan dan usaha ini yang kita tunggu hampir dua tahun dan Kerajaan Negeri sudah meluluskan peruntukan bagi membina laluan alternatif ini yang dijangka bermula pada hujung tahun ini," katanya dalam sidang media di sini semalam.

Rodziah berkata, dengan kepesatan pembangunan di sekitar kawasan di situ pastinya laluan baru itu akan mengatasi masalah kesesakan dihadapi penduduk yang berjumlah kira-kira 40,000 orang.
Selama ini, penduduk di situ menghadapi masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak kerana hanya terdapat satu laluan utama sahaja yang dapat digunakan mereka.
"Kita berharap dengan kewujudan jalan ini akan memberikan banyak faedah dan kelegaan kepada pengguna lalu lintas terutama penduduk di kawasan Padang Jawa kerana ia akan menjimatkan masa perjalanan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved