Khamis, 13 Disember 2012

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


2 Maut Kemalangan Ngeri <b>di Kuala Kubu</b> Bharu | Kaki Bising Dot Com

Posted: 05 Sep 2012 04:53 AM PDT

image

Gambar oleh Amir Ali

KUALA KUBU BHARU – Dalam tempoh dua jam, dua kemalangan maut berlaku melibatkan empat kenderaan di laluan sama di Jalan Bandaran dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kemalangan pertama berlaku jam 3.20 petang melibatkan motosikal dan kereta jenis Perodua Myvi.

"Manakala kejadian kedua berlaku kira-kira jam 5.20 petang melibatkan lori muatan balak dengan sebuah kereta.

"Dalam kejadian awal, motosikal ditunggang Zaliha Che Pin, 48, dipercayai gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Myvi dipandu Low Yoke Teng, 27.

"Pertembungan itu mengakibatkan penunggang motosikal daripada Taman Teratai, dekat sini maut di tempat kejadian kerana kecederaan di bahagian kepala," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Manakala, kemalangan kedua katanya, berlaku hanya pada jarak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pertama.

Menurutnya, kejadian di Jalan Hamzah berdekatan Desa Rening itu berlaku apabila kereta dipandu S Thevandran, 28, yang datang dari arah Rasa ke Kuala Kubu Bharu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Katanya, lori muatan kayu balak itu yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta terbabit.

"Kejadian itu mengakibatkan kereta yang dipandu Thevandran terputus dua.

"Dia yang berasal dari Taman Ampang Pecah dekat sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

"Manakala pemandu lori, Abdul Majid Ismail tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun lorinya terbalik," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mayat mangsa kemalangan berasingan itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Menurutnya, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 .

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

http://din.huluselangor.net/?p=18683

Incoming search terms:

  • kemalangan maut
  • kemalangan ngeri 2012
  • kemalangan ngeri
  • hospital kuala kubu bharu
  • MAKTAB POLIS KUALA KUBU BHARU
  • gambar kemalangan ngeri 2012
  • kuala kubu baru
  • kuala kubu bharu
  • norel azmi
  • ketua polis kuala kubu baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads