ads

Ahad, 13 Januari 2013

12 di dengkil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Rosmah, BAKTI Lawat Mangsa Banjir <b>Di Dengkil</b>

Posted: 07 Nov 2012 10:27 PM PST

alt

 

DENGKIL 8 Nov - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang di tempatkan di Pusat Penempatan Sementara di sini.

 

Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama mangsa banjir dan makan tengah hari bersama mereka.

 

"Selepas mendapat maklumat mengenai kejadian banjir, kami (BAKTI) telah berbincang dan mengambil keputusan untuk datang melawat ke kawasan yang mengalami banjir.

 

"Kami turut mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak," katanya ketika berucap di Dewan Orang Ramai, Dengkil yang dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir.

 

Menurut Rosmah, dengan sumbangan yang disalurkan ini, dapat meringankan beban mangsa banjir untuk membeli keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir.

 

"Dana ini akan disalurkan melalui Pertubuhan Isteri Wakil-Wakil Rakyat setiap negeri yang terlibat, dan wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan bagi kegunaan mangsa banjir," katanya.

 

Tambahnya lagi, rakyat tidak perlu risau jika ditimpa musibah kerana pelbagai pihak seperti pertubuhan kebajikan akan turut sama menghulurkan bantuan.

 

"Ini (beri sumbangan dan melawat) sahaja yang mampu kami lakukan. Segala yang terjadi adalah ketentuan Allah SWT. Saya lihat keperluan mangsa banjir mencukupi dan kita perlu bersyukur kerana pelbagai pihak turut sama membantu menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada pihak Barisan Nasional (BN) sahaja," ujarnya lagi.

 

Seramai kira-kira 919 mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan sementara ini dijangka akan pulang ke rumah masing-masing pada petang ini jika keadaan mengizinkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved