ads

Ahad, 13 Januari 2013

12 di kuala selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Kesiangan <b>di Kuala Selangor</b> : ADIFZHAFRAN DOT COM

Posted: 02 Jan 2013 05:43 AM PST

Selamat datang 2013! Sempena tahun baru, saya dan isteri merempit ke Kuala Selangor meronda-ronda sampai ke Sekinchan. Maklumlah, anak perantau. Tak pernah sampai ke Sekinchan. Tiba di Kuala Selangor, singgah di Bukit Malawati menengok apa yang ada.

20130102-214019.jpg

Tiket RM5 untuk dewasa. Kebetulan cuti umum, jadi ada perkhidmatan trem ang disediakan untk mendaki Bukit Malawati yang mengadap selat Melaka itu.

20130102-214347.jpg

Kat atas sana berdiri megahnya rumah ap yang dibina pada 1907 dan masih diginakan sehingga kini. Betul-betul mengadap rumah api adalah balai cerap Kuala Selangor yang menentukan tarikh bermula puasa Ramadhan dan hari raya. Baitulhilal namanya. Sebelah rumah api adalah muzium Kuala Selangor. Tolonglah masuk dalam tu. Banyak benda yang boleh belajar mengenai pusat peemerintahan pertama negeri Selangor ini.

20130102-214723.jpg

Kaki pau bukit Malawati. Hati-hati pegang handphone atau kamera. Nanti dirampasnya menangis tak sudah gajet canggih hilang.

20130102-214849.jpg

Rumah api, baitulhilal dan muzium Kuala Selangor.

20130102-214938.jpg

Meriam dan bukit Malawati yang mengadap selat Melaka, benteng pertama menghalang tentera Belanda dan musuh yang lainnya. Lupakan model yang tak ada tauliah itu.

20130102-215119.jpg

20130102-215149.jpg

KAMI. Anak-anak tinggal di rumah pengasuh. Ibu dan ayah berdating. Lagipun diorang kecil lagi, agak kurang sesuai ke tempat berbukit macam ini.

20130102-215310.jpg

20130102-215337.jpg

Antara pengunjung yang manfaatkan sepenuhnya cuti umum. Anda macam mana?

Selamat datang 2013. Moga penuh barakah tahun ini.

Kotoshi mo yoroshiku ne!

admin

About The Author

We are dedicated professional financial advisors, dedicated consultants who work to optimize the best from your investments. Follow my twitter @along182_84

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved