ads

Khamis, 14 Mac 2013

12 di kapar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


teganuku: Renjatan Elektrik - Pelajar Tingkatan 3 Maut <b>Di Kapar</b>

Posted: 27 Feb 2013 04:05 PM PST

Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di Kapar semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu.

Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik.

Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut.

Kosmo!

Bendera BERJASA berkibar <b>di</b> beberapa kawasan | ISMAWeb

Posted: 05 Mar 2013 07:35 AM PST

berjasa

KAJANG, 4 Mac – Bendera parti BERJASA kelihatan berkibar di beberapa kawasan di sini sejak malam tadi.

Bendera tersebut telah dipasang oleh pasukan jentera pilihanraya bagi calon-calon ISMA yang akan bertanding menggunakan tiket parti BERJASA dalam PRU-13 nanti.

Begitu juga di Kapar dan Seremban, jentera-jentera bagi calon ISMA turut menaikkan bendera di kawasan tersebut yang bakal ditandingi.

Sebelum ini ISMA telah mengumumkan akan menghantar ahlinya untuk bertanding di beberapa kawasan majoriti orang Islam yang ditandingi oleh orang bukan Islam sama dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Menurut salah seorang petugas jentera pilihanraya, pemasangan bendera ini merupakan salah satu kempen awal selain mengedarkan risalah dan ceramah kelompok kepada masyarakat setempat.

Bendera BERJASA akan terus dipasang di tempat-tempat sasaran sehingga tamat tempoh berkempen.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved